Pelajar sekolah hamil 26 minggu perbuatan abang kandung sendiri

Seorang pelajar tingkatan satu didapati hamil disyaki angkara perbuatan sumbang mahram oleh abang kandungnya sendiri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan DCP Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kes itu daripada doktor yang bertugas di Hospital Kajang, Selangor, kelmarin.

“Kira-kira jam 2.00 petang semalam pengadu (doktor) bertugas di bahagian kecemasan Hospital Kajang, Selangor, telah terima seorang pesakit perempuan (mangsa) yang mengadu sakit di bahagian perut.



“Semasa pemeriksaan ke atas mangsa dijalankan, doktor mendapati mangsa telah disahkan mengandung 26 minggu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 13 tahun itu bersekolah di sebuah sekolah menengah, di Kota Bharu, di Kelantan.

“Mangsa menyatakan melakukan hubungan seks bersama abang kandungnya beberapa kali. Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

“Bertindak atas laporan dan maklumat yang diterima pihak polis berjaya menahan suspek di Kampung Beta Hulu Kadok, Kota Bharu, kira-kira jam 2.51 petang, semalam,” kata Muhamad Zaki.



Jelasnya lagi, suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai petani dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah.

“Suspek didapati negatif ujian saringan air kencing dan direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sementara itu susulan peningkatan kes jenayah seksual di kalangan pelajar sekolah Muhamad Zaki berkata, pihaknya menyeru kepada golongan ibu bapa, ahli keluarga dan juga semua guru untuk memberikan perhatian keselamatan kepada anak-anak di persekitaran masing-masing serta mengambil cakna mengenai isu tersebut.

“Pihak polis juga menggesa masyarakat untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat terhadap segala perlakuan dan kegiatan jenayah di negeri ini,” tegasnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker