Polis siasat kes pemandu van kena pukul

Polis siasat kes pemandu van kena pukul

Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung satu kejadian pemandu van dipukul dalam kejadian di PUJ 3, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang A A Anbalagan, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 21 saat yang tular di Facebook, semalam.



“Video menunjukkan seorang lelaki menaiki Proton Saga BLM memukul pemandu van berwarna putih.

“Lelaki itu juga dilihat mengeluarkan kata-kata ‘nak lagi tak, nak lagi tak’ sambil menumbuk mangsa beberapa kali dan menarik keluar mangsa dari van sehingga jatuh ke tengah jalan,” katanya dalam kenyataan semalam, menurut Harian Metro.

Katanya, polis masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian kerana sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak.

“Bagaimanapun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan terhadap kejadian itu.



“Kami memohon kerjasama individu yang terlibat dalam kejadian ini atau orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Sophian Sian di talian 016-5092654 atau Bilik Gerakan IPD Serdang di talian 03-80742222 untuk tindakan lanjut,” katanya. FMT

Polis siasat kes pemandu van kena pukul


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker