Che Ta beraya di banglo baharu

Che Ta beraya di banglo baharu

Keterujaan pelakon jelita, Rozita Che Wan bukan sahaja dapat meraikan Syawal di kampung halaman di Kedah bersama keluarga tersayang, malah, kediaman banglonya juga siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.

Pengubahsuaian kediaman banglo di Kota Damansara, Petaling Jaya yang dibeli empat tahun lalu akhirnya siap selepas menghadapi beberapa masalah apabila kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melabur jutaan ringgit.



Malah, penularan pandemik COVID-19 juga menyebabkan kerja pengubahsuaiannya tertangguh.

“Akhirnya, pengubahsuaian kediaman ini siap selepas empat tahun. Penantian sekian lama juga berakhir.

“Cuma, saya merancang pulang menyambut Syawal di kampung halaman di Kedah. Jadi, terpaksa beraya di kediaman baharu selepas pulang berhari raya.

“Bagaimanapun, saya sudah pindahkan sedikit demi sedikit barang ke kediaman baharu. Lepas beraya nanti barulah pindahkan semua barang,” katanya kepada BH Online.



Dalam pada itu, saban tahun, jumlah persalinan raya Che Ta sering mencuri perhatian. Malah, kisah itu turut diperdebatkan hingga mengundang kecaman netizen.

Cuma, pelakon drama Kiah Pekasam itu dilihat lebih selesa tidak mendedahkan jumlah persalinan raya, tahun ini.

“Saya tak nak cakap berapa pasang baju raya, tahun ini. Cakap salah, tak cakap pun salah.

“Kalau nak kira juga, kenalah intai hantaran gambar dalam di akaun Instagram (IG) ketika musim raya. Bukan namanya Che Ta jika tak penuh IG dengan gambar beraya seisi keluarga.



“Bagaimanapun, ada sahaja baju raya sebelum ini yang dibawa ke hadapan. Maklumlah, situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan, nak melaram tak boleh sangat,” katanya.

Inspirational Celebrity, Women Of Excellence Awards ini akan menyiapkan persiapan persalinan baju raya untuknya dan keluarga lebih awal.

“Buat awal, tak kalut. Jadi, Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat.

“Pendek kata, baju, kain samping, butang baju Melayu anak dan suami sudah disediakan. Pemilihan tema baju raya sudah difikirkan lebih awal lagi.



“Cuma, saya tetap membataskan banyak perkara memandangkan pandemik COVID-19 belum berakhir. Cukup beraya dengan keluarga dan adik-beradik.

“Insya-Allah, kami adik-beradik sepakat mahu beraya di Alor Setar. Saya pulang awal ke kampung kerana komitmen sudah dilunaskan,” katanya yang kini muncul dengan drama Mem & Bibik-Bibik menerusi slot Azalea di TV3.

Drama komedi 20 episod arahan Wan Saiful Shahrizan itu turut dibintangi suaminya, Zain Saidin. Tak ketinggalan pelakon lain seperti Nabila Razali, Azza Elite, Aprena Manrose, Bell Ngasri, Lynnda Sharudin, Shakila Khoriri dan ramai lagi. BH

Che Ta beraya di banglo baharu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker