Aeril Zafrel Sebak, Tak Sangka Isteri Hadiahkan Lamborghini Aventador (Video)

Aeril Zafrel Sebak, Tak Sangka Isteri Hadiahkan Lamborghini Aventador (Video)

Pelakon Wawa Zainal baru-baru ini menghadiahkan suaminya Aeril Zafrel sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador.

Menerusi video perkongsian Wawa Zainal di akaun Instagram, dia membuat satu video seakan-akan ‘prank’ terhadap Aeril Zafrel dengan menyatakan bahawa kereta berkenaan hanya disewa untuk satu hari.



Dalam video berkenaan, Aeril juga turut membawa Wawa bersama-sama untuk ‘test-drive’ kereta tersebut. Namun setelah selesai memandu, Wawa Zainal mengeluarkan geran kereta menunjukkan bahawa kereta itu telah pun dibeli dan dihadiahkan kepada suaminya.

Perkara tersebut membuatkan Aeril berasa sebak dan menurutnya juga, dia pernah terfikir untuk membeli kereta itu sendiri.

Menerusi ‘caption’ Wawa Zainal di Instagram, dia menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh suaminya dan hadiah berkenaan tidak setanding dengan apa yang dilakukan oleh Aeril untuk keluarganya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga netizen turut mengucapkan tahniah dan berasa bangga dengan kejayaan kedua-dua pasangan itu.





Aeril Zafrel Sebak, Tak Sangka Isteri Hadiahkan Lamborghini Aventador (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker