ND Lala muncul di rumah Kazar (Video)

ND Lala muncul di rumah Kazar (Video)

Seorang individu baru-baru ini telah memuat naik video yang memaparkan kehadiran penyanyi ND Lala ke rumah pelakon Kazar Saisi sempena sambutan hari lebaran ternyata telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

Dalam video tersebut, ND Lala dilihat gembira meraikan hari raya bersama Kazar dan beberapa individu dipercayai teman dan ahli keluarga pelakon itu.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian warga maya adalah kelibat seperti pengarah Syamsul Yusof bersama isteri keduanya, Ira Kaza yang turut bersama-sama dalam majlis keramaian itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat Syamsul yang sibuk membasuh pinggan di hujung dapur.

Ira juga kelihatan sibuk menghidangkan makanan kepada tetamu yang hadir.

“Sol tengah cuci pinggan tu, menantu soleh” komen seorang netizen.

Terdahulu, isteri pertama pengarah filem Munafik itu memaklumkan bahawa dia dan anak-anak, Syaikhul dan Sumayyah meraikan hari raya Aidilfitri di rumah mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

ND Lala muncul di rumah Kazar (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker