Lelaki maut, gagal elak kereta masuk simpang

Lokasi kejadian yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Kilometer 5, Jalan Batang Kali – Genting Highlands, Hulu Selangor, petang tadi.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas parah di kepala akibat merempuh sebuah kereta yang sedang masuk simpang di Kilometer 5, Jalan Batang Kali – Genting Highlands, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta yang dianggarkan berlaku pada pukul 2.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki tempatan berusia 29 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Batang Kali dalam perjalanan ke Genting Highlands.

“Lelaki tersebut telah melanggar sebuah kereta Perodua Bezza dipandu lelaki tempatan berusia 53 tahun yang sedang masuk simpang di tempat kejadian.



“Ekoran itu, penunggang motosikal tersebut telah terjatuh di jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala susulan perlanggarannya dengan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Suffian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh salurkan di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim



Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker