Rasuah makin berkurang di bawah Anwar, sindir Mahathir

Rasuah makin berkurang di bawah Anwar, sindir Mahathir

Bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad secara menyindir mengucapkan tahniah kepada perdana menteri Anwar Ibrahim kerana ‘berjaya’ mengurangkan rasuah di negara ini.

Pertama, kata Mahathir, rasuah ‘dikurangkan’ dengan menggugurkan kesemua 47 kes membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.



“Dengan ini 47 kes rasuah dikurangkan.

“Rasuah dikurang lagi apabila statutory declaration Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar terlibat dengan rasuah sebanyak RM3 bilion tidak diteruskan tindakan (No further action).

“Dengan ini RM3 bilion diselamatkan,” katanya dalam satu hantaran di laman X.

Mahathir berkata, banyak nama disebut dalam Kertas Pandora tidak disiasat termasuk pemilikan harta membabitkan Ahmad Zahid.



Kertas Pandora ialah dokumen yang didedahkan Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) berhubung pemilikan dana antarabangsa yang disimpan di syarikat luar pesisir.

Mereka yang disiasat ketika ini ialah rakan rapat Mahathir yang juga bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Isteri Daim, Na’imah Abdul Khalid telah didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta.

SPRM juga telah menyerahkan perintah notis kepada anak sulung Mahathir, Mirzan untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh 30 hari.



Pada Sept tahun lalu, Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Dalam pada itu Mahathir turut membangkitkan tuduhan bahawa Anwar memiliki aset lebih RM3 bilion seperti didedahkan oleh bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid, kira-kira 24 tahun lalu.

Sebaliknya, Mahathir berkata kerajaan hanya menyiasat mereka yang bergelar Tun dan ahli keluarga mereka.

“Mereka, anak mereka, isteri mereka akan didapati bersalah kerana gagal mengisytihar semua harta mereka sejak 42 tahun dahulu dalam jangka masa 30 hari.



“Mereka gagal kerana tidak dapat resit-resit pembelian nasi lemak dan kopi selama 42 tahun.

“Semua rakyat Malaysia mempunyai bukti sah apabila mereka makan nasi lemak. Kenapa Tun-Tun tidak simpan semua resit segala perbelanjaan mereka selama hanya 42 tahun. Kenapa setelah diberi masa 30 hari mereka tidak patuh kepada notis dari SPRM,” kata Mahathir.

Dalam pada itu Mahathir berkata beberapa wakil rakyat pembangkang yang mengisytiharkan sokong mereka kepada Anwar untuk mendapatkan peruntukan kerajaan juga tidak dianggap sebagai rasuah.

“Demikian juga rasuah dikurangkan apabila tindakan Ketua SPRM memiliki bermillion saham tidak dianggap sebagai rasuah kerana adik ketua guna akaun ketua,” katanya merujuk kepada isu pemilikan saham membabitkan ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.



Pada Mac tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata isu membabitkan ketua pesuruhjayab SPRM itu telah selesai selepas Azam disiasat beberapa badan dan jawatankuasa.

Katanya, antara pihak yang sudah menjalankan siasatan terhadap Azam termasuklah Suruhanjaya Sekuriti (SC), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Mencegah Rasuah Parlimen (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA). Mk

Rasuah makin berkurang di bawah Anwar, sindir Mahathir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker