Maut dilibas anak saudara

Maut dilibas anak saudara

SITIAWAN: Seorang lelaki maut dilibas dengan pisau mesin pemotong rumput dalam pergaduhan di sebuah rumah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 4 pagi.



Katanya, siasatan mendapati mangsa berusia 51 tahun yang dalam keadaan mabuk bergaduh dengan anak saudaranya berusia 34 tahun di hadapan rumah kerana perselisihan faham.

“Suspek didakwa mengambil mesin pemotong rumput lalu melibas ke arah kaki mangsa dan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan serius di kaki kiri.

“Mangsa dibawa ke hospital dan ketika dalam perjalanan lelaki itu tidak sedarkan diri sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Nor Omar berkata, punca kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwa memburukkan namanya pada penduduk kampung.



“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat,” katanya.

Katanya, suspek berkerja sebagai mekanik motosikal mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Mangsa yang tidak bekerja pula mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya. BH



Maut dilibas anak saudara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker