Rakyat dijemput ke rumah terbuka PM Ahad ini

Rakyat dijemput ke rumah terbuka PM Ahad ini

Selepas hampir dua tahun tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan anggota Kabinet rakyat dijemput untuk meraikannya bersama-sama di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad ini.

Hadirin diminta untuk memakai pakaian yang kemas dan sopan. Mereka juga digalakkan untuk memakai pakaian tradisional kaum masing-masing.

Bagaimanapun hadirin dilarang sama sekali memakai seluar pendek bawah paras lutut, skrit pendek atas paras lutut, baju tidak berlengan, memakai seluar jeans koyak dan berselipar.

Orang ramai yang tidak mematuhi etika berpakaian boleh menyebabkan mereka tidak dibenarkan masuk ke Kompleks Seri perdana.

Turut disediakan adalah perkhidmatan bas percuma ke majlis tersebut yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pengunjung digalakkan untuk menjaga keselamatan dan kawalan kendiri walaupun prosedur operasi standard (SOP) telah dilonggarkan iaitu tidak lagi perlu memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal di tempat terbuka. MG

Rakyat dijemput ke rumah terbuka PM Ahad ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker