Kebakaran letupan libat paip penyambung di PIPC [VIDEO]

Anggota bomba berada di lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran melibatkan penyambungan pada saluran paip untuk projek N-OSBL di PIC petang tadi.

KOTA TINGGI – Satu kebakaran dan letupan melibatkan satu paip penyambung telah berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIPC) petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 4.12 petang.

Katanya, ekoran itu seramai tujuh anggota dengan tiga buah jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan penyambungan pada saluran paip untuk projek N-OSBL. Pemadaman telah dilakukan anggota Central Emergency and Fire Services Response (CEFS) sebelum pihak bomba tiba di lokasi dan dapat dikawal pada jam 4.23 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Masri berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Petronas Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC) dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berkenaan berlaku pada pukul 3.40 petang.

“Pihak CEFS telah bertindak pantas memadam kebakaran daripada merebak dan kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.50 petang.

“Tiada kemalangan jiwa dan kejadian tidak menjejaskan atau memberi ancaman kepada masyarakat sekitar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker