Akta anti lompat parti dijangka dibentang pada Julai – Ismail

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan akta anti lompat parti dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.

Katanya, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk meneliti dan mengubal akta itu, dengan anggotanya terdiri daripada wakil kerajaan, pembangkang dan mungkin ahli akademik yang pakar dalam Perlembagaan.

“Saya harap perkara ini dipercepatkan, sasaran kerajaan untuk bentangkan akta anti lompat parti ini pada sesi Julai nanti, tetapi tergantung kepada jawatankuasa khas itu nanti, secepat mana mereka boleh cadangkan untuk dibentangkan kepada Kabinet untuk persetujuan sebelum boleh dibentang di Parlimen.”



Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat khas mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 yang dihadiri menteri, ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta dan ahli Dewan Negara.

Ismail berkata, terdapat cadangan untuk akta itu turut meliputi senator, tetapi ia tertakluk kepada kelulusan speaker Dewan Rakyat.

Beliau menegaskan kerajaan tidak berniat melengahkan pembentangan akta anti lompat parti, sebaliknya mahu peruntukannya diperincikan dengan lebih jelas.

“Tak ada niat kerajaan untuk lewat atau tidak bentangkan akta ini. Jadi, ada pihak terkeliru, cuba memainkan isu seolah-olah kerajaan tidak jujur dalam soal ini.



“Kita akan masukkan secara terperinci dalam akta ini, sebagai contoh adakah dipecat dari parti akan dianggap lompat parti dan sebagainya. Itu semua akan diperincikan dalam akta anti lompat parti, jadi tak ada isu, kita ikut peraturan.

“Tujuan kita bentangkan pindaan Perkara 10 Perlembagaan untuk membolehkan akta anti lompat parti dibentangkan di Parlimen, sebab tanpa pindaan kepada Perkara 10, mana-mana undang-undang yang dibentang, diluluskan tak boleh terpakai kerana bertentangan Perkara 10.”

Ismail berharap pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di Dewan Rakyat pada esok akan diluluskan dengan lebih 148 undi supaya akta anti lompat parti boleh dibentangkan kelak.

“Semua dari pembangkang sokong, Pakatan Harapan pun dah buat kenyataan akan sokong. Tak akan timbul isu tentang pindaan ini tidak diluluskan, saya harap apa yang dijanjikan akan ditepati esok.”



Beliau turut menolak dakwaan ahli Parlimen pembangkang memboikot, dengan mengadakan taklimat berasingan berhubung isu sama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan berasingan berkata, empat ahli Parlimen menghadiri taklimat itu. Mereka ialah Wong Kah Woh (Ipoh Timor) dan Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching) dari DAP serta Rozman Isli (Labuan) dan Ma’mun Sulaiman (Kalabakan) dari Warisan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengesahkan taklimat berasingan sudah diadakan dengan blok pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.

“Semua wakil pembangkang hadir, termasuk dari Pejuang, Warisan dan Muda,” katanya.



Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa menafikan pertelagahan berlaku dalam mesyuarat Kabinet mengenai akta anti lompat parti.

Sebaliknya, beliau berkata, Kabinet sebulat suara meminda Perlembagaan terlebih dahulu, berdasarkan nasihat peguam negara, supaya akta anti lompat parti tidak bercanggah dengan Perlembagaan. FMT


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker