Jiman Casablancas meninggal dunia

Nabila Huda Titip Doa-“Kami Kehilangan Sahabat..”

Jiman Casablancas meninggal dunia

Industri fesyen Malaysia menerima khabar duka dengan berita pemergian Jiman Casablancas atau nama sebenarnya Muhammad Nizam Khamis yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Ahad.

Berita pemergian ikon dan penasihat fesyen ini turut dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Nabila Huda menerusi Insta Stories yang berduka turut menitipkan doa buat arwah.

“Dengan rasa duka, kami kehilangan sahabat dan abang, Mohd Nizam Bin Khamis atau lebih dikenali sebagai Jiman Casablancas.

Kami memohon agar Allah memberikan rahmat dan keampunan kepadanya, dan memasukkannya di syurga yang tertinggi.

Semoga Allah beri kesabaran dan kekuatan buat saudaranya dengan kehilangan Jiman.”-tulis Nabila di Insta Stories

Akan Dikebumikan Pagi Ini

Tambahnya lagi, Nabila menjemput orang ramai untuk sama-sama hadir ke pengebumian arwah yang dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh pada jam 10 pagi hari ini.

“Kami dengan hormatnya menjemput anda untuk sama-sama kami di di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, pada jam 10 pagi, sebagai penghormatan terakhir kepada sahabat yang dikasihi, Mohd Nizam Bin Khamis.

Kehadiran dan sokongan anda di waktu sukar ini amat dihargai.”-tulis Nabila lagi

Difahamkan, perkongsian teman rapat berkongsi punca kematian Allahyarham adalah disebabkan kegagalan jantung. Sebelum itu, Allahyarham juga dikejarkan ke hospital pada beberapa hari yang lalu selepas mengalami hentakan pada kepala dan ‘blacked out’.

Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham. Mr

Jiman Casablancas meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker