Tular video lelaki pukul tunang

Tular video lelaki pukul tunang

Tindakan seorang lelaki yang dikatakan memukul tunangnya mendapat kecaman orang ramai.

Rakaman orang ramai menenangkan tunang lelaki itu yang menangis ketakutan turut tular di media sosial.



Bagaimanapun, lokasi di mana pergaduhan itu berlaku tidak dinyatakan.

Melalui video tersebut, wanita itu berkata lelaki berkenaan bertindak menarik rambutnya selepas berlaku salah faham antara mereka berdua.

Wanita itu berkata, pergaduhan bermula kerana hal kecil sahaja tetapi tidak menyangka lelaki itu bertindak kasar terhadapnya.

Susulan video itu, pasangan berkenaan menaik muat video berlainan bagi menjelaskan perkara yang sebenar.



Bagaimanapun apa yang mengejutkan, wanita itu berkata, dia tidak dipukul oleh pasangannya itu dan menyifatkan pergaduhan dalam setiap perhubungan adalah sesuatu perkara biasa.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna menyelar pasangan itu selain menasihatkan agar wanita perlu lebih berhati-hati dengan lelaki yang bersikap kasar terhadap pasangan.

“Bukan benda baru, dah kena pukul lepas itu cepat saja maafkan pasangan. Sudahnya orang yang bantu meleraikan pula disalahkan. Sebab itu kalau nampak perkara begini berlaku, malas nak masuk campur,” kata Adeeba.

“Elak-elakkanlah dapat pasangan macam ini, belum kahwin dah pandai naik tangan. Elok putuskan saja hubungan,” kata OhJang.



“Stockholm syndrome ni. Lelaki itu asyik memandang sebelah dia bila bercakap. Lari jelah dik, sebelum orang jumpa kau tak bernyawa dalam longkang. Aku tak percaya kalau lelaki pakai rantai basikal kat tangan!,” kata Aileen.

“Tunjuk video ini pada abang yang selamatkan perempuan ini, mesti dia menyesal tolong. Sendiri menangis minta tolong, sendiri tak mengaku pula,” kata Nazir.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 59,000 kali di Twitter. K Online

Tular video lelaki pukul tunang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker