Ziana Zain Jalani Pembedahan Bariatrik, Kerap Diserang Gastrik Hingga Sukar Bernafas [VIDEO]

Ziana Zain Jalani Pembedahan Bariatrik, Kerap Diserang Gastrik Hingga Sukar Bernafas [VIDEO]

GARA-GARA masalah saluran ulu hati, penyanyi Ziana Zain akhirnya mendapatkan rawatan dan selamat menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

Menurut Ziana, rawatan tersebut dilakukan selepas mendapat nasihat daripada Pakar Bedah Bariatrik iHeal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri iaitu Dr. Mustafa Mohamed Taher.

“Syukur Alhamdullilah Kak Ziana dah selamat menjalani rawatan untuk gastrik Kak Ziana. Dr Mustafa menjelaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca dari saluran ulu hati yang dah longgar.



“Jadi, cecair gastrik boleh senang masuk ke saluran itu. Alhamdulillah berkat daripada kepakaran Dr. Mustafa, Kak Ziana dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa.

“Insya-Allah bebas dari gastik dan tekanan darah tinggi Kak Ziana kembali normal… Amin,” kata Ziana.

Sebelum ini, penyanyi lagu Anggapanmu itu berkongsi pertemuannya dengan Dr. Mustafa berkenaan dengan masalah penyakit gastritis atau gastrik yang dialaminya pada Rabu lalu.

Kata pemilik nama Siti Roziana Zain ini, dia berdepan masalah perut cepat berasa tidak selesa akibat angin dalam badan sehingga menyebabkan kesukaran bernafas



Dalam pada itu, penyanyi berusia 53 tahun ini memberitahu pembedahan pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan bukan hanya untuk penurunan berat badan sahaja.

Malah, kaedah perubatan itu juga dapat merawat penyakit gastritis atau gastrik, kolestrol dan kencing manis (diabetis).

“Mungkin ramai yang berfikiran bahawa rawatan bariatik ini hanya untuk penurunan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetik juga

“Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca dari permasalahan perut. Bagi Kak Ziana yang penting kita kena cegah sebelum parah.

“Terima kasih kepada doktor dan semua pekerja hospital yang menjaga Kak Ziana sepanjang Kak Ziana disana,” ujarnya.



Selain Ziana, penyanyi Aishah turut mendapatkan khidmat doktor yang sama untuk pembedahan pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan pada sekitar 2018.-mSTAR

Ziana Zain Jalani Pembedahan Bariatrik, Kerap Diserang Gastrik Hingga Sukar Bernafas [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker