PRU15: Umno Kuala Selangor tolak program Tengku Zafrul

PRU15: Umno Kuala Selangor tolak program Tengku Zafrul

Umno Kuala Selangor menolak program membabitkan Tengku Zafrul Abdul Aziz, susulan desas-desus menteri kewangan itu mengintai untuk bertanding di Parlimen berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Jahaya Ibrahim, mengeluarkan notis berkenaan menerusi WhatsApp selepas menerima aduan daripada ketua-ketua cawangan.

Menurut beliau, satu “gerakan” didalangi “anasir luar” sedang meraih sokongan ahli Umno tempatan untuk tujuan itu, sekali gus boleh memecahkan Umno Kuala Selangor.

Setakat ini belum ada maklumat mengenai keahlian Tengku Zafrul dalam mana-mana parti, namun Jahaya memaklumkan desas-desus mendakwa gerakan itu ingin Tengku Zafrul bertanding sebagai calon Umno.

“Dia orang Umno ke kalau hendak bertanding atas tiket Umno? Kita pun tak tahu dia orang Umno atau tak. Dia lahir dari ‘perut’ Muhyiddin Yassin yang melantiknya menteri kewangan…bukan dilantik orang Umno,” katanya kepada FMT.

Tengku Zafrul yang berstatus senator dilantik sebagai menteri kewangan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin. Beliau dikekalkan dalam Jemaah Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Pada PRU14, Parlimen Kuala Selangor menyaksikan pertembungan antara Umno, Amanah, dan PAS. Calon Amanah, Dzulkefly Ahmad yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti lebih 8,000 undi.

Di peringkat DUN, calon PH menang di semua tiga kerusi menewaskan calon Umno, MIC, dan PAS dengan kelebihan antara lebih 1,000 hingga lebih 2,000 undi.

“Kalau dia (Tengku Zafrul) nak bertanding atas tiket Umno, esok kita bimbang dia melompat juga ke Bersatu akhirnya,” kata Jahaya.

Semakan di media sosial mendapati beliau ada memuat naik gambar beberapa program di Kuala Selangor, termasuk membabitkan belia dalam satu program menonton Piala FA di Puncak Alam, baru-baru ini.

Tengku Zafrul dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar, turut menghadiri majlis makan malam dengan NGO Cina dan India Kuala Selangor.

Noh merupakan Ketua Umno Selangor dan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti.

Sehingga kini, tiada sebarang layanan diberikan oleh pihak Tengku Zafrul terhadap khabar angin itu.

Pada Januari, Tengku Zafrul memberitahu Sinar Harian beliau “tiada masa untuk berfikir sama ada bakal bertanding PRU15 atau tidak”, di sebalik spekulasi mengaitkannya dengan Parlimen Lembah Pantai dan Kuala Pilah. FMT

PRU15: Umno Kuala Selangor tolak program Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker