Mulanya ‘Pose’ Acah-Acah Artis, Sikap Kuat Berangan Punca Berjaya Masuk Industri Seni- Iqbal

Mulanya ‘Pose’ Acah-Acah Artis, Sikap Kuat Berangan Punca Berjaya Masuk Industri Seni- Iqbal

SETIAP kejayaan bermula dengan angan-angan… Itu yang dilalui usahawan dan penyanyi Ahmad Iqbal apabila dia menyimpan impian untuk menjadi seorang majikan dan artis sejak di bangku sekolah.

Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli menganggap kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada usaha keras untuk mencapai angan-angannya itu.

“2013… Setiap orang bermula dengan acah-acah sebelum berjaya. Saya lalui semua ini. Dalam tidak sedar, dulu saya acahacah seperti seorang majikan, kadang posing acah-acah artis. Jangan rasa malu.

“Memang begitu prosesnya. Kita semua lalui sebelum naik tangga ke satu tangga di atas. Jangan rasa rendah diri dan tutup minda bahawa suatu hari kita akan berjaya seperti dalam fikiran hari ini,” katanya.

Usahawan kontroversi berusia 27 tahun itu turut memuat naik foto dirinya ketika di usia 19 tahun di laman Instastory pada Isnin.

Iqbal bermula dengan menjadi pembantu peribadi usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan kini memiliki perniagaan sendiri selain mempunyai single berjudul Hujan pada tahun lalu.

Malah, video muzik (MV) lagu tersebut yang mendapat lebih 400,000 tontonan selepas dimuat naik di YouTube dalam tempoh 15 jam melayakkan dia untuk menyertai program Big Stage 2022.

Dalam pada itu, Iqbal yang menjadi peserta pertama Big Stage 2022 tersingkir berkata, pendapat orang sekeliling memainkan peranan penting dalam mencorak kejayaan seseorang.

“Satu perkara besar membantut kejayaan kita adalah kerana terlalu banyak ambil using pendapat kawan, keluarga. Nampak kecil, kesannya besar. Kita bertanya, bolehkah aku buat begini?

“Padahal kita sendiri sudah tahu apa yang kita mahu buat itu mendatangkan kejayaan. Tempuhi sahaja perkara sedikit payah atau sedikit menjatuhkan standard. Jangan tanya orang lagi.

Ada perkara kita perlu bertanya dan dapatkan jawapan biar jelas sebelum lakukan. Ada hal, buat saja, ini masa depan kita,” nasihat Iqbal.

Sementara itu, Iqbal yang kini menceburi bidang lakonan turut memberi tip untuk seseorang itu berjaya dengan mengetahui kelemahan dan kebolehan yang ada dalam diri sendiri.

“Budaya selepas tamat persekolahan, mohon universiti, bidang yang sama dengan kawan kerana terlalu sayangkan kawan. Tiada pendirian! Saya paling pantang lakukan perkara kerana ikut orang.

“Kita harus kaji diri sendiri. Usia 17 tahun seharusnya kita sudah tahu apa kelemahan dan apa kebolehan yang ada pada diri.

Apa hobi yang paling kita suka, tukarkan menjadi sebuah pekerjaan.

“Jika belum berjaya capai cita-cita usia 30, tidak mengapalah. Peluang dan rezeki ini, dalam tiga bulan pun boleh tiba-tiba datang. Jadi tak perlu takut dengan usia,” katanya-mSTAR

Mulanya ‘Pose’ Acah-Acah Artis, Sikap Kuat Berangan Punca Berjaya Masuk Industri Seni- Iqbal

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker