Gantung Rusia dari badan PBB, Malaysia undi untuk berkecuali

 

Malaysia merupakan satu daripada 58 negara yang tidak terlibat undian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggantung keanggotaan Rusia dalam majlis hak asasi manusia badan itu.

Selain Malaysia beberapa negara jiran turut mengambil sikap berkecuali iaitu Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia dan Kemboja.



Bagaimanapun Myanmar dan Filipina menjadi anggota Asean yang mengundi menyokong usul tersebut, manakala Vietnam dan Laos membantahnya.

Perhimpunan agung semalam itu bagaimanapun meluluskan usul berkenaan selepas ia disokong 93 negara berbanding 24 membantah. Berikutan keputusan itu, Rusia menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Majlis itu merupakan instrumen PBB untuk mempromosikan hak asasi manusia dan menyiasat kes pencabulan mengenainya.

Malaysia adalah ahli majlis berkenaan untuk penggal 2022-2024.



Pada 2 Mac, Malaysia mengundi menyokong resolusi PBB untuk mengecam “pencerobohan” Rusia di Ukraine dan menuntut penarikan balik tentera itu serta-merta tanpa syarat.

Penggantungan Rusia daripada majlis terbabit dibuat ketika munculnya gambar didakwa dari Bucha, Ukraine, yang menunjukkan banyak mayat di jalanan dan kewujudan kubur massa.

Akan burukkan lagi keadaan

Keadaan di Bucha hanya diketahui selepas tentera Ukraine merampas semula kawasan berkenaan berikutan pengunduran tentera Rusia.



Menurut New York Times, kematian orang awam di bandar terbabit sudah muncul sejak 11 Mac lalu – atau tiga minggu sebelum gambar berkenaan tersebar – melalui imej rakaman satelit.

Moscow bagaimanapun mendakwa bahawa gambar-gambar itu adalah “satu lagi penipuan” yang dilakukan oleh kumpulan “radikal Ukraine”.

Sementara itu diplomat Rusia di Perhimpunan Agung PBB, Gennady Kuzmin, mendakwa majlis hak asasi manusia terbabit dimonopoli oleh sekumpulan negara yang menggunakannya untuk tujuan jangka pendek mereka.

“Selama bertahun-tahun negara terbabit terlibat secara langsung dalam pencabulan hak asasi manusia secara terang-terangan dan besar-besaran atau bersubahat dengan pencabulan tersebut.



“Di sebalik keanggotan negara terbabit dalam majlis berkenaan, mereka tidak bersedia untuk mengorbankan kepentingan politik dan ekonomi jangka pendek demi kerjasama sejati dan menstabilkan keadaan hak asasi manusia di negara tertentu,”‘ katanya.

China – yang mengundi menentang resolusi itu – berkata kelulusan resolusi berkenaan hanya akan memburukkan lagi keadaan, menambah perpecahan, meningkatkan konflik dan menjejaskan usaha damai.

“Berurusan dengan keanggotaan Majlis Hak Asasi Manusia PBB dengan cara begitu akan mencipta duluan baru yang berbahaya, memperhebatkan lagi konfrontasi dalam aspek hak asasi manusia, membawa kesan yang lebih besar kepada sistem tadbir urus PBB, dan menghasilkan akibat yang serius,” kata wakil China, Zhang Jun.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker