Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Jual Kuih Waktu Pagi Masa Ramadan

Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Jual Kuih Waktu Pagi Masa Ramadan

Puasa di bulan Ramadan merupakan perkara wajib perlu dijalankan oleh semua umat Islam di dunia. Bila tiba bulan Ramadan antara yang sering menjadi persoalan ialah mengenai menjual makanan pada waktu pagi ketika bulan Ramadan.

Perkara ini telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus yang merupakan seorang penceramah bebas dan dikenali ramai dengan jawapan yang begitu bersahaja serta mendalam.



HUKUM JUAL KUIH WAKTU PAGI MASA RAMADAN

Menerusi video dimuat oleh Zulaikhaysf, terdapat satu soalan yang bertanya mengenai jual kuih pada waktu siang ketika bulan Ramadan.

“Kalau buat kuih bulan puasa, jual pagi-pagi. Boleh tak?”

Ustaz Azhar menjawab pertanyaan itu dengan memberitahu tidak salah untuk berniaga makanan di siang hari namun hanya boleh dijual kepada yang tidak berpuasa seperti kanak-kanak.



Jelasnya juga, peniaga tidak boleh menjual makanan kepada orang yang wajib puasa, untuk dimakan ketika siang seperti kedai nasi tengah hari dan dibungkus dalam plastik hitam

“Ada orang yang wajib puasa, dia beli makanan nak makan pada siang. Itu haram jual. Kedai nasi tengah hari, itu semua makanan haram kerana geng-geng plastik hitam tak puasa beli dekat dia,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ustaz Azhar juga menjelaskan wanita yang didatangi haid dibenarkan untuk makan namun dilarang untuk makan dihadapan suaminya.

Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Jual Kuih Waktu Pagi Masa Ramadan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim



Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

https://mykmu.net/2022/04/06/zoey-rahman-kini-rapat-dengan-shakira-stephen-setelah-tiada-jodoh-dengan-zarina-anjou



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker