‘PH menyanjungi Mahathir, saya tiada pilihan’

Rafizi Ramli berdepan pelbagai kritikan susulan keputusannya untuk meninggalkan arena politik pada penghujung 2018, sejurus selepas tewas tipis kepada Azmin Ali dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR.

Pengkritik berkata bekas ahli parlimen Pandan itu, yang sebelum ini dilihat sebagai antara penasihat rapat presiden PKR Anwar Ibrahim, mempunyai kecenderungan untuk menarik diri apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diharapkannya.

Tetapi Rafizi berkata itu adalah penilaian yang tidak adil terhadap keputusannya untuk bercuti daripada dunia politik ketika itu.



“Itu benar-benar tidak adil kerana saya mempunyai 14 kes. Saya sudah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Saya tidak menarik diri,” hujahnya.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam temu bual di pejabatnya di Sungai Besi, Kuala Lupur, baru-baru ini, Rafizi menjelaskan keputusannya untuk bercuti adalah kerana merasakan dirinya tidak mendapat tempat dalam Pakatan Harapan (PH) yang begitu menyanjung dan menghormati bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, ketika itu.

Tidak sehaluan

Katanya, selepas pilihan raya umum lalu, dia tidak sehaluan dengan kepimpinan PH yang berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk menerima Mahathir. Ini, katanya di sebalik segala sumbangannya pada pilihan raya umum lalu.



Malah, katanya, pandangan berbezanya ketika itu dilihat sebagai faktor yang akan menyebaban ketidakstabilan PH.

“Saya faham proses pemikiran kepimpinan (PH) pada masa itu… jadi apa pilihan yang kamu rasa saya ada?

“Perkara terbaik ialah menerimanya, mudah-mudahan mereka dapat melaksanakan mandat dan amanah yang diberikan kepada mereka. Nah, saya telah memainkan peranan saya, saya fahami kedudukan saya dan saya bergerak ke hadapan,” katanya.

Menurut Rafizi, dia sebenarnya tidak berniat untuk kembali berpolitik sehingga menyaksikan prestasi buruk PH pada pilihan raya umum Johor.



Pada pilihan raya mengejut itu, PH terjerumus kepada keputusan seperti apa yang dicapainya pada zaman pra-2004 apabila ia hanya berjaya memperoleh kira-kira 10 peratus undi daripada “pengundi atas pagar” – iaitu bukan penyokong tetap mana-mana parti.

Lebih teruk, Rafizi berkata, kini terdapat satu lagi gabungan – Perikatan Nasional (PN) – yang berjaya meraih 25 hingga 30 peratus sokongan pengundi.

Tidak tahan lama

Ini mungkin menyaksikan PKR dan PH terjerumus dan menduduki tangga ketiga dalam sistem pakatan pelbagai parti, katanya.



“Mana-mana saja di dunia, parti ketiga tak akan tahan lama,” kata Rafizi.

Dia berkata, jika PH menjadi kuasa ketiga, semua hasil usaha pembangkang sepanjang dua hingga tiga dekad lalu akan kembali kepada asal.

“Kerana apa yang kita berdepan sekarang adalah senario, jika dua gabungan terbesar di Parlimen adalah parti-parti berpaksikan Melayu dan tanpa perbezaan idea dalam pendekatan mereka terhadap dasar ekonomi, maka pengundi hanya akan bangun sedar lima, enam tahun lagi dan sedar. bahawa kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan,” tambahnya.

Rafizi sebelum ini telah mengumumkan dirinya kembali dalam arena politi dan berkata dia akan menawarkan dirinya sebagai calon timbalan presiden PKR dalam pemilihan kepimpinan nasional parti itu yang akan datang.



Intai kerusi Parlimen

Bekas ahli parlimen itu memberitahu Malaysiakini bahawa dia juga ingin bertanding semula di kerusi Parlimen, jika diberi peluang oleh PKR.

“Adalah jelas bahawa jika kita ingin menarik sokongan pengundi atas pagar sekali lagi, saya perlu bertanding di kerusi Parlimen sekali lagi.

“Sama ada saya menang (jawatan) timbalan presiden (PKR) atau tidak, itu soal kedua. Terus terang saya kata, fokus menang kerusi adalah lebih utama,” kata Rafizi.



Rakyat mengharapkan ahli parlimen tertentu, supaya lebih aktif, terutamanya berkaitan aktiviti mereka di Parlimen, tambahnya.

“Jadi jika cara saya di Parlimen diperlukan, itu adalah sesuatu yang boleh kita fokuskan juga, bukan sekadar jadi timbalan presiden parti.”

Bagaimanapun, bercakap mengenai kerusi yang ingin ditandinginya, dia berkata keputusan itu akan diserahkan kepada parti.

Rafizi tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Tiga bulan sebelum PRU14, dia dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah membocorkan butiran perbankan sulit milik National Feedlot Corporation (NFC) pada Mac 2012.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang itu hilang kelayakan menjadi ahli parlimen jika telah dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker