Penyanyi Nasyid Mengaku Tanam Pokok Ganja Untuk Kegunaan Sendiri

Penyanyi Nasyid Mengaku Tanam Pokok Ganja Untuk Kegunaan Sendiri

Sebelum ini dilaporkan tentang seorang penyanyi nasyid ditahan polis selepas disyaki terlibat kes dadah. Terkini, penyanyi dan juga komposer muzik itu telah disyaki menjalankan aktiviti menanam dan memproses pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid mengesahkan serbuan itu dilakukan pada jam 5.30 petang semalam. Hasil serbuan berjaya menemui 13 pokok ganja dalam pasu di bahagian bawah sebelah kanan almari sebuah bilik.

Polis turut menjumpai bekas plastik lut sinar di atas kabinet dapur suspek yang berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram.

Ganja bernilai RM40K boleh dibekalkan untuk 214 penagih!

Kami turut menemui satu lagi pokok dalam pasu disyaki ganja di balkoni rumah dan tiga lagi pokok ganja di dalam almari baju. Keseluruhan dadah yang dirampas termasuk 17 pokok ganja terbabit dianggarkan bernilai RM40,700 yang boleh dibekalkan kepada 214 penagih, katanya.

Antara alat lain yang dirampas adalah satu botol cecair pemusnah serangga, satu alat pengukur, kandungan PH air, satu alat penyukat suhu, tujuh lampu, satu alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan, satu pasport serta kad pengenalan milik suspek serta satu rangkai kunci. Sebuah kereta dan sejumlah wang tunai turut dirampas.

Suspek mengaku pokok ganja yang ditanam hanya untuk kegunaan sendiri…
Hasil siatan awal pihak polis percaya suspek telah membeli sendiri benih dan belajar untuk menanam sejak 2 tahun lalu.

Berdasarkan pengakuan suspek, pokok ganja itu ditanam untuk kegunaan sendiri. Kami masih menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan benih berkenaan.

Setakat ini, identiti suspek masih belum didedahkan. Apa yang dimaklumkan suspek mempunyai sejarah penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.

Ketika ini, suspek akan direman selama tujuh hari bermula 31 Mac dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. OM

Penyanyi Nasyid Mengaku Tanam Pokok Ganja Untuk Kegunaan Sendiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker