Kaki Perokok Patut Cuba! 5 Cara Detoks Paru-Paru..Antaranya Senamrobik Dan Vitamin D

Kaki Perokok Patut Cuba! 5 Cara Detoks Paru-Paru..Antaranya Senamrobik Dan Vitamin D

PEROKOK cenderung memiliki paru-paru yang kotor dan proses detoksifikasi boleh membantu membersihkan organ itu daripada pelbagai racun yang menempel di dalamnya.

Ada banyak produk detoks paru-paru yang dijual di pasaran namun tidak semua terbukti memberikan hasil yang memuaskan.

Sebaliknya, daripada membazir membeli produk-produk tanpa jaminan, detoks paru-paru secara semulajadi boleh dilakukan dan mempunyai tingkat keberkesanan yang tinggi.

Paru-paru sendiri sebenarnya mempunyai kemampuan untuk membersihkan dan memperbaiki kerosakan secara semulajadi tetapi perkara itu akan menjadi sukar apatah lagi ketika paru-paru itu sudah rosak disebabkan tabiat merokok atau kesan sampingan akibat Covid-19.

Berikut adalah cara detoks paru-paru secara semulajadi;

1. Gunakan pembersih udara

Bersihkan paru-paru anda dengan meningkatkan kualiti udara di rumah dengan menggunakan pembersih udara yang banyak dijual di pasaran.

2. Lebih banyak menikmati alam semulajadi

Udara segar dan tidak tercemar dapat membantu meluaskan jaringan paru-paru dan membuatnya bekerja dengan lebih baik.

Bagaimanapun, jangan lupa untuk memeriksa kadar pencemaran di kawasan yang ingin anda tujui. Hindari melakukan aktiviti di luar ketika cuaca berjerebu.

3. Latihan pernafasan

Latihan pernafasan dapat meningkatkan fungsi paru-paru terutamanya bagi perokok.

Salah satu cara boleh dilakukan adalah melalui pernafasan perut. Hirup udara hingga perut terasa menggelembung.

Hembuskan keluar nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Ulang langkah ini dalam tempoh 10 ke 15 minit setiap hari.

4. Pengambilan vitamin D

Pemakanan juga dapat mempengaruhi kesihatan paru-paru. Jadi perbanyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin D.

Kajian mendapati vitamin D dapat mengurangkan serangan pada penderita pesakit ashtma.

5. Senaman aerobik

Beberapa jenis senaman seperti aerobik mampu membersihkan paru-paru selain berjalan kaki, joging, berbasikal, berenang dan menari.

Kaki Perokok Patut Cuba! 5 Cara Detoks Paru-Paru..Antaranya Senamrobik Dan Vitamin D

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker