Pegawai kanan polis dipenjara 10 tahun, denda RM42 juta
Pegawai kanan polis dipenjara 10 tahun, denda RM42 juta
Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM42 juta ke atas seorang pegawai kanan polis atas lapan kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM3.35 juta.
Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Has Zanah Mehat, Nordin Hassan dan Hashim Hamzah yang bersidang hari ini, membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi meningkatkan lagi hukuman penjara yang sebelum ini telah dijatuhkan terhadap Mohd Ismail Syed Merah.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada Ismail, 59.
Mahkamah juga membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenakan denda berjumlah RM42 juta ke atas Ismail dan jika gagal dibayar, dipenjara 48 bulan.
Sementara itu, mahkamah juga menolak rayuan Ismail untuk menggugurkan pensabitan kesalahan dan hukuman penjara yang telah dikenakan ke atasnya.
Dalam keputusan sebulat suara itu, Nordin berkata mahkamah mengenakan hukuman tambahan terhadap Ismail itu bagi mencerminkan betapa serius kesalahannya.
Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam mendapati bahawa wang yang dirampas dari rumah Ismail, diperoleh daripada aktiviti haram.
Tambah beliau, Ismail sebagai seorang pegawai polis yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang telah mengkhianati amanah itu dan melindungi operator judi haram.
Nordin berkata, adalah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa wang RM1.2 juta dan 8,178,000 rupiah yang ditemui dalam beberapa kotak di rumah Ismail adalah wang, antara lain daripada dua operator aktiviti perniagaan judi haram untuk beliau (Ismail) tidak mengambil sebarang tindakan ke atas aktiviti judi haram itu.
“Gajinya sebagai seorang pegawai polis hanyalah RM6,000 sebulan dan dibayar ke dalam akaunnya dan bagaimana beliau boleh menyimpan sejumlah wang yang banyak itu,” katanya.
Ismail didakwa dengan lima pertuduhan pertama iaitu menggunakan wang yang hasil aktiviti haram, masing-masing melibatkan RM10,143.37; RM40,000; RM6,283.09; RM993,716.91 dan RM500,000, untuk membeli dan menambah pelaburan dalam Pelan Perlindungan Insurans Takaful Life dan Pelan TakafulLink yang didaftarkan atas namanya serta anak kandung, Nur Aqillah Mohd Ismail.
Dua pertuduhan lain pula berkaitan melakukan pengubahan wang haram RM499,620 dan RM29,950 menggunakan akaun pihak ketiga milik Tan Kim Tee.
Ismail didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Sept 2014 hingga 28 Dis 2015 di tiga lokasi berlainan iaitu di bangunan MAA Takaful, Jalan Tun Razak di sini serta dua bank, masing-masing RHB dan CIMB di Jalan Rahmat dekat Batu Pahat.
Beliau dituduh dengan lapan pertuduhan memiliki RM1.27 juta dan 8,178,000 rupiah di rumahnya yang diperoleh menerusi aktiviti haram.
Pada 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas dan membebaskan Ismail daripada semua pertuduhan berkenaan. Bagaimanapun pada 2020 Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah atas semua kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun untuk setiap kesalahan dan dikenakan secara serentak.
Ismail akan memulakan hukuman penjara dua tahunnya untuk pertuduhan ketiga dan keempat selepas beliau melengkapkan hukuman penjara selama setahun, untuk pertuduhan pertama dan keduanya.
Bagi pertuduhan kelima Ismail dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua tahun lagi untuk pertuduhan keenam. Beliau dikenakan hukuman penjara setahun untuk pertuduhan ketujuh dan dua tahun untuk pertuduhan kelapan.
Semua hukuman untuk pertuduhan itu dikenakan secara berturut-turut dan bermula selepas Ismail melengkapkan hukuman penjara untuk pertuduhan ketiga dan keempat.
Mahkamah mengenakan Ismail denda RM5 juta atau penjara enam bulan untuk setiap satu daripada tujuh pertuduhan dan denda RM7 juta atau penjara enam bulan untuk pertuduhan kelapan.
Ismail diwakili pasukan peguam diketuai Wan Azmir Wan Majid, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar dan Mohd Fairuz Johari. FMT
Pegawai kanan polis dipenjara 10 tahun, denda RM42 juta
Baca Artikel Menarik:
- Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai
- Bukan saya seorang saja yang berpakaian menonjol – Eyka Farhana
- Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu
- Bekas Presiden JCorp didakwa perdaya pelaburan RM9.46 juta
- Isteri Ng wujud syarikat samaran, ‘cuci’ wang ‘berjuta dolar’ daripada Jho Low
- Calon ketua Pemuda PKR? Mana Adam menghilang selama ini?
- Tuduhan dipecat, Anwar bela Farhash
- Tolong maafkan Zul – Ruhainies
- German usir dua rakyat Malaysia terima dok penggalak berbeza
- Tyson tuntut RM4.2 bilion jumpa YouTuber
- Aksi panas, itu bukan saya – Siti Khadijah
- Rayer ganggu sesi penggulungan bangkit isu larangan pemakaian tudung di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang
Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri