Kenapa Ya Semakin Susah Tidur Nyenyak, Mudah Pula Terjaga Ketika Usia Meningkat?

Kenapa Ya Semakin Susah Tidur Nyenyak, Mudah Pula Terjaga Ketika Usia Meningkat?

LEBIH daripada separuh individu berusia 65 tahun dan ke atas mengeluh tentang kesukaran untuk tidur pada waktu malam menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stanford, Amerika Syarikat.

Sebenarnya seiring dengan pertambahan usia, golongan warga emas lebih sukar mendapatkan tidur lebih berkualiti dan nyenyak. Tapi apakah puncanya?



Profesor Dr Luis de Lecea bercakap kepada AFP berkata, penyelidikan menunjukkan bahawa kurang tidur boleh meningkatkan risiko penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, diabetes, kemurungan dan pembentukan plak pada otak yang dikaitkan dengan Alzheimer.

Menerusi kajian yang dilakukan, Dr Luis bersama pasukannya membuat penyelidikan tentang hypocretin iaitu bahan kimia utama yang dihasilkan oleh sekumpulan kecil neuron di hipotalamus iaitu bahagian otak yang terletak di antara telinga dan mata.

Kurang tidur boleh meningkatkan risiko penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, diabetes, kemurungan dan pembentukan plak pada otak yang dikaitkan dengan Alzheimer.



Daripada berbilion neuron dalam otak, Dr Luis memberitahu hanya kira-kira 50,000 menghasilkan hypocretin.

Pada tahun 1998, Dr Luis dan saintis lain turut menemui bahawa hypocretin menghantar isyarat yang memainkan peranan penting dalam memastikan seseorang itu tetap terjaga.

Memandangkan banyak spesies mengalami proses tidur yang sama seiring peningkatan usia, dapat dihipotesiskan bahawa mekanisme yang sama berlaku kepada mamalia termasuk manusia.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa paras hypocretin yang rendah menyebabkan keadaan narkolepsi iaitu lebih mudah mengantuk pada waktu siang pada manusia, anjing dan tikus.



Sementara itu, pasukan penyelidik Dr Luis memilih tikus muda (tiga hingga lima bulan) dan 18 hingga 22 bulan dengan menggunakan cahaya gentian untuk merangsang neuron tertentu dan merekodkan hasilnya menggunakan teknik pengimejan.

Pasukan itu mendapati bahawa tikus yang lebih berusia kehilangan kira-kira 38 peratus hypocretin berbanding tikus lebih muda.

Kajian itu juga mendapati bahawa baki hypocretin dalam tikus lebih tua lebih aktif menjadikan haiwan itu lebih mudah terjaga dan sukar tidur nyenyak.

“Apabila neuron lebih cenderung untuk menjadi aktif, maka seseorang lebih kerap terbangun ketika tidur dan seterusnya menganggu kualiti tidur,” katanya.



Kenapa Ya Semakin Susah Tidur Nyenyak, Mudah Pula Terjaga Ketika Usia Meningkat?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker