Resepi Dumpling Ayam Viral, Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka & Sahur

Resepi Dumpling Ayam Viral, Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka & Sahur

Annyeonghaseyo! Bagi peminat drama Korea, pastinya anda sudah biasa melihat makanan terkenal ini yang sering dipamerkan di dalam drama.

Bentuknya seperti kuncupan bunga bewarna kuning keemasan. Mempunyai pelbagai inti mengikut kreativiti cita rasa penggemarnya. Apabila dikunyah ia akan mengeluarkan letusan jus di dalam mulut anda.



Kalau mahukan makanan ringkas dan ringan ketika berbuka atau pun bersahur boleh cuba buat di rumah. Resepi dumpling ayam ini, telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli.

Menu berbuka puasa semalam, saya buatkan dumpling ayam untuk keluarga. Saya rasa sangat berbaloi kalau buat dumpling sendiri sebab boleh dapat banyak. Saya siap boleh buat yang frozen punya untuk makan berbuka hari ini dan esok.

Saya kongsikan resepi ya. Boleh rujuk setiap gambar.

PROSES MEMBUAT DUMPLING!



BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN:

5 ketul isi ayam & seketul isi daging lembu.
Cincang lumat, boleh guna mesin pengisar
Sediakan mangkuk besar dan masukkan bahan berikut:
Daging cincang tadi.
Lobak merah cincang. Cincang halus ya. Tak nak cincang dadu kasar-kasar sebab nak elak kulit dumpling terkoyak.
Bawang merah cincang.
Daun bawang.
Sebiji telur.
Dua sudu besar tepung jagung.
Serbuk lada sulah dan lada hitam, saya guna jenama Ajishio yang dah sedia ada rasa masin. Kuantiti agak-agak mengikut cita rasa.
Gaulkan kesemua bahan sebati. Pastikan inti dumpling tidak berair ya sebab kita tak nak kulit dumpling nanti basah dan bocor.
ebelum gunakan kulit dumpling segera. Saya sarankan tabur tepung gandum di atas alas. Tujuannya untuk meletakkan kulit dumpling dan dumpling yang telah siap.


Ini dia kulit dumpling segera yang dapatkan di pasaraya terdekat.




Keluarkan kepingan kulit dumpling satu persatu dan letak di atas taburan tepung tadi. Ambil setiap satu dan isikan inti dengan lembut.

Tak boleh kasar-kasar sebab kulit dumpling segera ni mudah terkoyak.


Tutup inti dan lipat satu persatu. Tekniknya, picit di bahagian tengah kemudian tolak lipatan pertama ke arah tengah. Ish payah nak terang. Kena tengok tutorial kat youtube. Senang je, huhuhu.

Tahu-tahu je dah 6 keping siap. Terus letak di atas dulang ya kemudian simpan dalam peti sejuk. Tak boleh biar lama-lama macam ni, nanti dumpling lembik.



Macam ni ha, terus simpan dalam peti sejuk. Nak berbuka nanti, steam kan je.

CARA SAYA MASAK DUMPLING:

1. Panaskan sesudu besar minyak masak.

2. Kemudian gorengkan dumpling, tak perlu golek² kan ya. Biar je dia tegak macam tu.



3. Kemudian masukkan air dan tutup kuali. Kita biarkan dumpling masak dengan proses pengewapan.

4. Tunggu sampai air dah kering, kita isi lagi air dan tutup periuk. Kiranya dua kali proses pengewapan.

5. Biarkan sehingga air kering dan siap.

Tadaaa, air dah kering dumpling pun sedia untuk dimakan. Rangup pada bahagian bawah.




Berjus pada bahagian dalam inti. Kebiasaan saya makan dumpling ni dengan kicap cair. Saya ada post berkaitan kicap cair sedap yang saya guna di sini.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Zurina Zulkefli

Resepi Dumpling Ayam Viral, Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka & Sahur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

https://mykmu.net/2022/04/06/zoey-rahman-kini-rapat-dengan-shakira-stephen-setelah-tiada-jodoh-dengan-zarina-anjou

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker