Polis tahan lelaki pukul bapa tiri

Polis tahan lelaki pukul bapa tiri

YAN: Akibat berang tidak diberikan wang untuk membeli dadah, seorang lelaki memukul dan menendang bapa tirinya di bahagian muka serta dada hingga cedera.

Lelaki berusia 30 tahun yang tidak bekerja itu dikatakan bertindak demikian ketika berada di rumah keluarganya di Kampung Ruat, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi yang turut disaksikan ibunya.

Suspek bertindak memukul dan menendang dua kali di bahagian dada dan muka bapa tirinya berusia 71 tahun itu dengan rakaman video berdurasi 30 saat kejadian itu tular di media sosial hari ini.

Susulan kejadian itu, ibu suspek meminta penduduk kampung melaporkan kejadian berkenaan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, suspek yang juga penagih dadah tegar sering memukul bapa tirinya jika enggan memberikan duit kepadanya untuk membeli dadah.

“Mangsa membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di bahagian ruang tamu rumah didiami mangsa bersama isterinya,” katanya kepada BH, hari ini.

Shahnaz berkata, suspek dikatakan masuk ke dalam rumah dan meminta wang daripada bapa tirinya untuk membeli dadah, namun mangsa enggan memenuhi permintaannya itu.

Beliau berkata, suspek ditahan pada jam 6.45 petang tadi di kawasan Lubuk Boi, di sini dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Yan dan mengalami bengkak di bahagian telinga kiri akibat kesan tumbukan suspek.

“Siasatan mendapati suspek seorang pesakit mental dan memiliki kad orang kurang upaya (OKU) mental yang disahkan isteri mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012,” katanya. BH

Polis tahan lelaki pukul bapa tiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker