Pejalan kaki maut dilanggar lari
TANJUNG MALIM – Seorang pejalan kaki maut dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kilometer 111, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi itu, lelaki yang belum dikenal pasti identitinya maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati mangsa berada berhampiran garisan lurus bahu jalan dan berjalan kaki menghala ke Slim River.
Menurutnya, mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang tidak pasti jenisnya hingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.
“Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sulizmie Affendy berkata, usaha sedang dijalankan bagi mendapat maklumat dan mengesan waris lelaki terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran,” katanya.
Pejalan kaki maut dilanggar lari
Baca Artikel Menarik:
- Belajarlah dari Nik Abduh – Armand
- Lelaki terjaga koma terkejut isteri kahwin lain
- Muller dikecam jual mani kuda
- Bakar al-Quran, lelaki direjam hingga mati dan mayat digantung pada pokok
- Dah Kenapa Orang Batu Pahat Perambat Bang Non!!!
- Itu Zakar Dia La – Mesej Aaron Aziz Kepada Isteri
- Kem Sri Banding, Gerik diceroboh
- Najib menghadap TMJ, isteri
- Adik Anwar dihalau Karpal Singh ketiak mahu buat bayaran guaman Anwar
- Puteri Balqis dedah ayahnya sudah lama menghilang
- Meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.