Ada polis, PBT dapat habuan sindiket judi

Ada polis, PBT dapat habuan sindiket judi

Ada ketua Balai Polis, Ketua Polis Daerah dan anggota serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di sekitar Lembah Klang didakwa bersekongkol memberi kebenaran kepada aktiviti premis mesin judi, yang kini kembali rancak beroperasi.

Mereka ini dikatakan menerima bayaran hingga ribuan ringgit daripada sindiket perjudian di kawasan masing-masing, bagi memastikan kegiatan itu boleh beroperasi dengan bebas tanpa ‘gangguan’ pihak berkuasa.

Sumber berkata, pihak terbabit juga menggunakan nama Ketua Polis Negara dan Bukit Aman, yang kononnya memberi kebenaran itu.

“Kalau fikir secara logik, takkanlah Bukit Aman nak ambil ‘port’ (tahu) pasal kedai mesin ini dan mustahil pihak berkuasa, polis atau PBT tidak tahu mengenai kewujudan premis perjudian di kawasan mereka.

“Hakikatnya, mereka pada peringkat bawahan ini yang rakus dengan ganjaran sindiket perjudian. Mereka menerima habuan, termasuk bayaran beribu ringgit setiap bulan.

“Mereka juga menjual nama Bukit Aman dan Ketua Polis Negara, kononnya kebenaran beroperasi diberi pihak atasan ini,” katanya kepada BH ketika ditemui di sebuah premis perjudian, di sini.

Beliau berkata, premis perjudian berkenaan kembali rancak beroperasi sejak November lalu, terutama di sekitar ibu kota dan Selangor dengan menggunakan taktik baharu, antaranya beroperasi di tingkat atas premis perniagaan.

Antara sindiket yang dikenal pasti memonopoli kegiatan aktiviti perjudian itu adalah kumpulan ‘WeChat’, kumpulan ‘VIP’ dan Payung.

Kumpulan ‘WeChat’ pernah dikesan menjalankan aktiviti judi di Sungai Buloh, susulan pendedahan Hot Burger Malaysia tahun lalu.

Sumber berkata, beliau yakin aktiviti kedai mesin judi itu dapat ditangani jika Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, menggempur lokasi yang dijaga oleh pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan sindiket itu. BH

Ada polis, PBT dapat habuan sindiket judi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker