SPRM tahan penjawat awam terima rasuah bawa bahan terlarang ke penjara

SPRM tahan penjawat awam terima rasuah bawa bahan terlarang ke penjara

SPRM tahan penjawat awam terima rasuah bawa bahan terlarang ke penjara

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara.

Sumber memaklumkan perintah reman sehingga 30 Julai terhadap suspek berusia lingkungan 40-an dikeluarkan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah di Mahkamah Majistret Kuantan, pagi tadi.

Suspek yang berkhidmat di Bentong dipercayai menerima kira-kira RM4,500 daripada ahli keluarga beberapa banduan untuk membawa masuk bahan terlarang bagi kegunaan banduan terbabit.

“Siasatan awal mendapati, wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank milik suspek antara Januari hingga Mac 2026,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM tahan penjawat awam terima rasuah bawa bahan terlarang ke penjara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persefahaman BN-PN: Ahmad Zahid Tegaskan Tiada Sebarang Pergaduhan

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker