Mahkamah benarkan peguam wakili 5 ahli kumpulan jenayah terancang

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan lima lelaki yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali “Kumpulan Viki Naidu”, boleh diwakili peguam pilihan mereka.

Panel tiga hakim, yang dipengerusikan oleh Vazeer Alam Mydin Meera, berkata hak untuk mendapatkan peguam adalah hak asasi walaupun tidak mutlak dan ia tertakluk kepada kesanggupan seseorang peguam itu hadir bagi anak guamnya.

Vazeer berkata kemungkinan untuk dipanggil sebagai saksi pada masa akan datang tidak boleh menghalang peguam Charan Singh.



“Setakat ini, tiada konflik kepentingan atau menyebabkan timbulnya perkara yang memalukan,” katanya ketika membenarkan rayuan V Vigneswaran Naidu, D Ganesan, P Velmurugan, D Enthiran and K Ganesen.

Vazeer, yang turut disertai Supang Lian dan Ahmad Nasfy Yasin, berkata berdasarkan nota prosiding dan penghakiman Mahkamah Tinggi, pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk memanggil Charan sebagai saksi mereka.

Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi pada Ogos juga adalah pramatang.

Vazeer berkata peguam lain boleh mengambil alih walaupun Charan dipanggil sebagai saksi ketika perbicaraan.



“Berdasarkan keterangan yang diberikan, mahkamah kemudiannya boleh memutuskan sama ada Charan boleh terus mewakili lelaki itu,” katanya.

Pesuruhjaya Kehakiman Su Tiang Joo menggugurkan Charan atas alasan peguam itu bertanya soalan yang mencadangkan dirinya berpotensi untuk menjadi saksi.

Su berkata Charan berdepan konflik kepentingan dan melanggar Kaedah-Kaedah Profesion Guaman (Amalan dan Etika) 1978. Peraturan itu menyatakan seorang peguam tidak boleh mewakili dalam kes yang mana dia menjadi saksi.

Kelima-lima mereka, yang diwakili Hisyam Teh Poh Teik dan Salim Bashir berdepan tuduhan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.



Charan, yang turut hadir berkata, perbicaraan akan bersambung pada 25 Apr dan enam saksi pendakwaan akan dipanggil.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Mahkamah benarkan peguam wakili 5 ahli kumpulan jenayah terancang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker