Nam Ron terkejut kepakaran sunting sunting video Agus & Wahab

Nam Ron terkejut kepakaran sunting sunting video Agus & Wahab

Pelakon dan pengarah terkenal, Nam Ron menyatakan agak terkejut dengan teknik ‘Automated Dialogue Replacement’ (ADR) digunakan oleh Mr. H menyunting video perbualan antara Dr. Agus dan Wahab.

Menurut Nam Ron, ADR ataupun dubbing seperti itu biasanya dilakukan untuk menggantikan semula dialog asal yang rosak. Ianya proses pada pasca penerbitan yang agak kompleks.



Jadi untuk melakukan apa yang Mr. H buat pada video tersebut dianggap mustahil. Sebelum ini Wahab mendakwa Mr. H sebagai dalang yang menyunting video tersebut sehingga membuatkan perbualan dia dan Dr. Agus ibarat seperti dua orang lelaki yang ada hubungan sejenis.

Dr Agus dan Wahab sudah menafikan sekeras kerasnya bahawa mereka berdialog dengan melucah. Sambil menyatakan bahawa hubungan mereka seperti ayah dengan anak.

Agus sempat berkata: “Wahab ni budak naif, saya anggap dia seperti anak saya sendiri.”

Dalam sidang media yang sama, Dr Agus menyatakan bahawa dia adalah mangsa video palsu yang disunting untuk menjatuhkan maruah dan kedudukannya.



Perkara itu menarik perhatian Nam Ron yang tertarik dengan aspek suntingan pada video tersebut.

Nam Ron berkata: “Encik Wahab, saya seorang pelakon dan sekali sekala mengarah filem. Selain berlakon di depan kamera dengan ‘live audio recording’ ada masanya saya kena buat ‘Automated Dialogue Replacement’ (ADR) atau orang biasa panggil ‘dubbing’.”

“Secara mudahnya, menggantikan atau merakamkan semula dialog yang rosak atau ada terdapat gangguan pada rakaman asal. Proses ini dilakukan sewaktu’post production’ di studio. Proses ini bukan mudah kerana saya perlu pastikan gerak bibir (lip-sync) harus selari dengan ucapan dialog.”

Nam Ron kemudian menyatakan suntingan video seperti itu adalah mustahil untuk dilakukan. Nam Ron menambah:



“Menggantikan dialog lain yang tidak seperti diucapkan dirakaman asal adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan kerana gerak bibir tidak selari dengan ucapan.”

“Salah satu cara untuk menambah atau menggantikan dialog baharu adalah dengan menggunakan teknik ‘voice over’ (seperti En Wahab nyatakan sewaktu PC). Bagaimanapun teknik ini hanya digunakan untuk menampal suara pada imej yang lain bukan pada imej yang sama.”

“Sebagai contoh, watak lelaki bernama Gajus menelepon seorang lelaki muda untuk mengajaknya melakukan hubungan songsang. Pengarah ingin mengubah atau menambah dialog Gajus. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar syot Gajus kepada syot lelaki muda dan memasukkan dialog baharu di syot ini.”

“Kedua, pengarah atau sound editor boleh gunakan ‘insert shot’ dengan menunjukkan gambar beg LV ketika menggunakan dialog baharu tersebut.”



Seterusnya Nam Ron menegaskan bahawa penjelasan Wahab adalah sukar diterima. Sambil menasihati Wahab agar merujuk dulu kepada pakar sebelum membuat kenyataan kerana boleh menjerat diri di kemudian hari.

“Nasihat saya kepada En Wahab, sebelum membuat sesuatu kenyataan rujuk dulu dengan orang yang tahu tentang selok belok editing. Jika tidak ianya akan menjerat Encik semula. Terima kasih,” akhiri Namron. Vc

Nam Ron terkejut kepakaran sunting sunting video Agus & Wahab

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker