MOF keluar pekeliling kena ‘berjimat’, minta kawal belanja ke luar negara

MOF keluar pekeliling kena ‘berjimat’, minta kawal belanja ke luar negara

Kementerian Kewangan (MOF) meminta semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sentiasa mengambil langkah mengawal perbelanjaan ke luar negara bagi mengelak implikasi kewangan tambahan.

MOF dalam ‘Pekeliling Perbendaharaan Malaysia – Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam’, berkata keperluan peruntukan tambahan bagi tujuan bertugas ke luar negara adalah tidak dipertimbangkan.



Ketua Setiausaha Perbendaharaan Asri Hamidon, berkata perbelanjaan bertugas ke luar negara hanya dibenarkan bagi urusan seperti mesyuarat/rundingan berjadual/berkala atau persidangan yang telah diluluskan dalam belanjawan tahunan dan yang benar-benar penting serta memberi impak signifikan kepada kepentingan negara.

“Selain itu, ia turut dibenarkan bagi mesyuarat dan persidangan yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan pegawai pengawal digalakkan untuk melibatkan atau mewakilkan kehadiran ke mesyuarat atau persidangan tertentu kepada duta/ketua perwakilan Malaysia di negara berkenaan atau negara yang berhampiran, tanpa penyertaan pegawai dari Malaysia ataupun penyertaan secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata, kekerapan perjalanan maksimum atas tugas rasmi ke luar negara yang dibenarkan dalam tempoh setahun adalah tiga kali bagi ketua setiausaha/ timbalan ketua setiausaha/ ketua jabatan/ ketua agensi, manakala dua kali setahun bagi lain-lain pegawai.

Sementara itu, Asri berkata, pembelian dan perolehan barangan serta bahan import bagi perolehan baharu tidak dibenarkan, kecuali barangan tersebut tidak terdapat dari sumber tempatan dan keperluan memperolehinya melalui import benar-benar mendesak dan sangat penting.



“Bagaimanapun, kementerian/ jabatan/ agensi perlu mendapatkan kelulusan MOF terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, semua badan berkanun dan syarikat subsidiari hendaklah memberi keutamaan kepada pelaburan domestik.

“Sebarang pelaburan yang melibatkan pengaliran wang ke luar negara, tidak termasuk yang telah mempunyai komitmen, kontrak serta jadual pembayaran, hendaklah mendapat kelulusan MOF,” katanya. FMT

MOF keluar pekeliling kena ‘berjimat’, minta kawal belanja ke luar negara




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker