Saya bukan tokoh politik – Adi Putra

Saya bukan tokoh politik – Adi Putra

“Saya tak boleh nak mengulas sebab saya bukan tokoh politik.”

Demikian kata pelakon terkenal Datuk Adi Putra ketika ditanya mengenai sikapnya yang ‘low profile’ daripada lantang bersuara mengenai sesuatu isu semasa berbanding selebriti lain yang terbabit dalam parti politik.



Adi, 41, berkata, keberadaannya dalam parti politik disertai sekarang bukan tiket untuknya bebas melontarkan pendapat kerana sedar kedudukannya adalah seorang ahli perniagaan dan pelakon sahaja.

“Bagi saya, apa saya tahu hari ini, saya ahli perniagaan dan seorang pelakon. Setiap apa profesion kalau kita nak rencanakan jika tak menjadi atas izin Allah, bagi saya itu bukan apa saya inginkan. Memang tak dinafikan pembabitan saya dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebelum ini ada juga bekerjasama dengan perbadanan politik, tapi memang saya tak pernah nak bersuara. Kalau saya bersuara perkara ini, ia menjadi satu perkara sensitiviti dan subjektif sebab kita inginkan kestabilan.

“Apabila nak menyatakan sesuatu itu, harus dilihat dari segi keadaan semasa. Sebab pengurusan itu di bawah kerajaan dan apa yang rakyat mahukan adalah ekonomi yang stabil. Parti mana saya sertai tak perlu saya nak beritahu, cuma saya berpegang kepada perlembagaan di mana yang menjaga institusi raja-raja, yang mana institusi raja-raja ini saja yang menjaga agama rasmi kita di Malaysia.

“Jadi tak perlu nak suarakan, ini baik atau ini tak baik. Bagi saya siapa yang menjaga agama di negara kita ini sudah termaktub dalam perlembagaan, di situlah ada jawapannya termasuk kedaulatan dan undang-undang,” katanya.



Terdahulu Adi juga pelakon filem Mat Kilau ditemui pada sesi santai bersama media di sebuah hotel di ibu negara, kelmarin.

Dalam masa sama, Adi menolak digelar jutawan selepas dilihat berjaya dalam beberapa rangkaian perniagaan seperti Hadid Travel & Tours yang diusahakan sejak 2013 termasuk yang terbaharu melancarkan minyak pati campuran jenama Amrani by Gramp’s Asia.

“Jutawan? Mereka yang mengatakan saya jutawan, tapi Allah yang jutawan, bukan saya. Angka, nilai atau wang kertas itu sendiri boleh dikoyakkan. Macam sehelai kertas, kalau dikoyak tak berguna. Jadi, biarlah mereka yang menyatakan saya jutawan, bukan daripada saya.

“Saya harus memberikan segulung terima kasih kepada mereka yang berkata sebegitu. Tapi kalau boleh jangan panggil saya jutawan. Pernah ada yang bertanya, tapi saya cakap jangan panggil jutawan.



“Bila lupa diri nanti sesat, itu yang saya sebenarnya sangat takut sebab bila kita susah, dalam susah pun ada ujian, bila senang pun ada ujiannya. Tapi apa yang kita inginkan adalah hidup di dunia ini sementara seperti yang kita tahu, tapi kita nak ketenangan.

Kalau kita mempunyai apa yang kita ada, tapi kalau kita sendiri secara peribadi tak tenang, bagi saya itu bukan satu kehidupan. Kita nak tenang dan aman, supaya dapat mengawal apa saja ujian yang diberi, ujian itu pasti diberi,” katanya. HM

Saya bukan tokoh politik – Adi Putra


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat



PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker