Memang kenderaan milik PDRM lah…

Memang kenderaan milik PDRM lah…

Ipoh: Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi mendapatkan laluan di lebuh raya seperti yang tular dalam rakaman video baru-baru ini adalah milik Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, hasil siasatan terhadap rakaman video berdurasi 14 saat yang tular itu mendapati tiada sebarang salah laku atau penyalahgunaan kuasa.



Menurutnya, kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu adalah milik polis yang sedang melalui Kilometer 239 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan.

“Ketika kejadian sepasukan pegawai polis dari cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak menangkap dua lelaki di daerah Taiping kerana terbabit dalam sindiket curi kereta mewah.

“Pasukan tangkapan bersama suspek yang ditahan terus dibawa ke IPK untuk siasatan lanjut. Atas faktor keselamatan dan tugas rasmi, pasukan terbabit menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi ketika melalui jalan yang sesak.

“Masyarakat dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang hebahan yang mengelirukan,” katanya dalam satu kenyataan media. HM



Memang kenderaan milik PDRM lah…


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker