Padah kenakan pembelian minyak bersyarat

Padah kenakan pembelian minyak bersyarat

Georgetown: Beli barangan bernilai lebih RM10, baru layak beli dua peket minyak masak. Itu tindakan peniaga yang mengenakan pembelian bersyarat terhadap pelanggannya.

Namun tindakannya itu menerima padah apabila sebanyak 187 peket minyak masak berjenama bagi 1 kilogram (kg) disita dalam serbuan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang terhadap premis di Pesara Claimant, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, A Mogan berkata, aktiviti peniaga berkenaan terbongkar selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam dan risikan oleh pegawai penguatkuasa agensi terbabit.

Menurutnya, seorang peniaga berusia 37 tahun diambil keterangan bagi siasatan kerana disyaki mengenakan pembelian bersyarat minyak masak tanpa kebenaran pengawal bekalan.

“Susulan itu, pegawai penguatkuasa menyita sebanyak 187 peket minyak masak berkenaan dengan nilai rampasan RM467.50.

“Premis berkenaan menjalankan perniagaan jenis borong dan runcit barangan kering dan sejuk beku, ” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mogan berkata, KPDNHEP Pulau Pinang giat menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap bekalan minyak masak dan barangan di sekitar negeri ini susulan isu kenaikan harga yang semakin menjadi perhatian.

Katanya, KPDNHEP Pulau Pinang menasihati peniaga supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau peniaga. HM

Padah kenakan pembelian minyak bersyarat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker