Calon MPP selar Rafizi pilih bulu

Calon MPP selar Rafizi pilih bulu

Desakan terbuka Rafizi Ramli untuk perwakilan PKR mengundi calon tertentu ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP) diselar pesaing mereka yang menyifatkan beliau tidak berlaku adil setelah diangkat sebagai timbalan presiden baharu parti itu.

Ketua PKR Bahagian Tanjung Karang, Yahya Mat Sahri, mengingatkan bekas Ahli Parlimen Pandan itu, selaku “orang nombor dua” dalam parti, beliau adalah pemimpin buat semua ahli, termasuk yang bukan pengikutnya.



Yahya bersaing dengan 69 calon lain dalam perebutan 20 kerusi MPP bagi sesi 2022-2025. Pemilihan itu akan berlangsung Sabtu ini sempena Kongres Nasional PKR.

“Semua 70 calon MPP yang bertanding adalah ahli PKR yang sah dan layak bertanding. (Mereka) bukan orang Umno atau PAS, bukan musuh dia (Rafizi) yang dia nak buat begitu (suruh perwakilan hanya pilih calon tertentu),” kata Yahya.

Beliau menyifatkan cubaan Rafizi mempengaruhi pilihan ahli parti sebagai “gila”.

“Mana boleh nak ada cai dia saja dalam kepimpinan,” katanya.



Kelmarin, Rafizi menerusi Facebook menyenaraikan nama 25 calon yang beliau mahu perwakilan PKR pilih untuk menganggotai MPP atas faktor mereka menolak idea “khemah besar”.

“Khemah besar” merujuk cadangan kerjasama politik PKR bersama Pakatan Harapan dan parti lain untuk menubuhkan gagasan perdana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Rafizi dilaporkan berkata, PH harus bertanding dalam PRU15 atas kekuatan sendiri dan kerjasama dengan parti lain mungkin menghakis kepercayaan pengundi terhadap PKR dan PH.

Bagaimanapun, pandangan Rafizi itu disanggah pihak tertentu dalam PKR yang menyifatkan khemah besar satu keperluan untuk menghalang Umno-Barisan Nasional menawan semula Putrajaya.



ADUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri yang turut bertanding jawatan ahli MPP berkata, Rafizi tidak harus menyalahgunakan kedudukan baharunya dalam PKR.

“Sebagai pemimpin nombor dua dalam parti, tak bolehlah dia (Rafizi) berkempen bagi pihak calon tertentu. Sepatutnya dia meraikan semua calon bertanding.”

Katanya, tindakan Rafizi itu menyebabkan dia “termenung” memikirkan peluangnya dalam pemilihan MPP itu.

“Rafizi seharusnya…tidak cuba mewujudkan kem beliau saja dalam parti,” kata Azmizam.



Sementara itu, Elizabeth Wong yang juga ADUN Bukit Lanjan mengingatkan perwakilan bahawa calon “di luar senarai” Rafizi juga berkebolehan.

“Ramai calon yang lagi bagus (ada) di luar senarai itu. Jangan rasa tergugat atau tertekan hanya nak undi cai Rafizi saja,” katanya.

Beliau memberitahu FMT bahawa perwakilan tidak terkejut dengan tindakan Rafizi menamakan barisan calon pilihannya untuk menganggotai MPP.

“Ini memang perangai dia (Rafizi),” katanya. FMT



Calon MPP selar Rafizi pilih bulu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]



Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker