Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan yang beliau kini sudah tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut Wan Saiful, beliau sudah tidak lagi menjawat jawatan tersebut selepas kontraknya tamat pada 17 Jun lalu.

Katanya, sepanjang kira-kira empat tahun memegang jawatan itu sejak 18 Jun 2018, beliau berbangga dengan pencapaian serta usaha yang dilaksanakan di PTPTN.



“Memang betul saya bukan lagi pengerusi PTPTN kerana kontrak saya telah tamat pada 17 Jun lalu. Setakat ini saya difahamkan pengerusi baharu belum lagi dilantik.

“Sepanjang empat tahun di PTPTN, saya bangga dengan usaha dijalankan terutamanya berkaitan fokus penyelesaian jangka panjang yang melibatkan hutang anak muda.

“Penyelesaiannya adalah dengan cara menggalakkan penabungan dan jika masa mula-mula ambil alih jawatan dulu kutipan deposit tahunan PTPTN cuma RM700 juta, kini setelah empat tahun angkanya meningkat lebih empat kali ganda kepada RM3 bilion setahun,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan ibadah korban bersama masyarakat kampung di Kampung Machang, Tunjang, di sini hari ini.



Sebelum ini, semakan Utusan Malaysia di laman web rasmi PTPTN mendapati jawatan Pengerusi PTPTN sudah pun dikosongkan sejak kira-kira seminggu lalu.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya kerana tiada kenyataan rasmi daripada perbadanan tersebut mengenai kekosongan jawatan berkenaan.

Ditanya mengenai cakap-cakap mengaitkannya dengan jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Wan Saiful berkata, niatnya ketika ini adalah fokus kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sebab itu saya tak bising-bising sangat dan terlalu bercakap mengenai jawatan di PTPTN itu. Bagi saya, dah sampai masa untuk kita fokus kepada pilihan raya.



“Soal mengenai diri saya tak penting. Apa yang lebih penting adalah parti secara keseluruhan agar digerakkan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 




Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]



Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker