PH mahu sambung MoU, jangka tewas teruk jika PRU awal

PETALING JAYA: Gesaan seorang ahli Parlimen DAP agar memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dilanjutkan tercetus disebabkan kebimbangan mengenai pilihan raya umum (PRU) awal, dakwa seorang penganalisis.

“Pembangkang terdesak untuk MoU 2.0 diwujudkan,” kata James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania, merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming Rabu lepas.

Ong berkata, lanjutan itu akan memberi ruang kepada kerajaan untuk membuat pembaharuan yang bermakna sepanjang setahun akan datang.

Chin meramalkan PH akan mengalami kekalahan teruk jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

James Chin.

Beliau mendakwa, ramai pengundi tidak berpuas hati kerana MoU itu mengekalkan apa yang dianggap sebagai kerajaan tidak sah berkuasa.

Namun, pembangkang lebih suka Ismail terus menjadi perdana menteri berbanding menghadapi risiko kekalahan besar, katanya.

“MoU akan menangguhkan pilihan raya sehingga tahun depan, hanya jika pembangkang boleh mendesak Ismail untuk melanjutkannya,” tambahnya.

Beliau meramalkan “perang terbuka” dalam Umno jika Ismail bersetuju dengan lanjutan tersebut.

“Saya percaya puak Zahid-Najib dalam Umno mempunyai cukup sokongan dalam parti untuk menekan Ismail mengadakan pilihan raya tahun ini,” katanya kepada FMT, merujuk kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang mahukan PRU diadakan awal.

Seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, MoU 2.0 akan merugikan Zahid dan Najib, yang sedang berdepan pelbagai tuduhan rasuah di mahkamah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker