Presiden PAS bidas Bersatu, tiada perjanjian jawatan TPM, tiada keperluan

PAS mengambil pendekatan berbeza dengan Bersatu bahawa tiada keperluan untuk mengadakan jawatan timbalan perdana menteri seperti yang diinginkan parti rakan gabungan Perikatan Nasional (PN) itu.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata tiada sebarang perjanjian dibuat berhubung pelantikan jawatan timbalan perdana menteri antara PN dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

“Kita masih lagi berpegang pada (keputusan) awal penubuhan kerajaan bahawa tak ada (jawatan) timbalan perdana menteri.

“Kita masih lagi selesaikan masalah rakyat, kita kekal tidak ada timbalan perdana menteri dan tak ada janji mengenai pelantikan timbalan perdana menteri,” kata Abdul Hadi kepada pemberita di Marang, Terengganu, hari ini.

Ketika ditanya sama ada PAS maklum mengenai perjanjian antara Bersatu dan Ismail, Abdul Hadi berkata perkara itu ada dibicangkan tetapi tiada keputusan.

“Kita bincang tetapi tidak ada keputusan,” katanya ringkas.

Abdul Hadi berkata demikian mengulas dakwaan Bersatu bahawa wujud perjanjian antara parti itu dengan Ismail berhubung jawatan timbalan perdana menteri.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sebelum ini mendedahkan terdapat perjanjian bertulis antara Perikatan Nasional (PN) dengan Ismail untuk jawatan TPM.

Wan Saiful mendakwa, perjanjian itu dibuat sebelum Ismail dilantik menjadi perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin yang hilang sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Mengakui lantikan TPM sebagai kuasa prerogatif perdana menteri, Wan Saiful berkata Bersatu akan melihat dan menilai sama ada perjanjian itu akan ditunaikan atau tidak.

Wan Saiful enggan mengulas dakwaan Muhyiddin menamakan timbalannya dalam Bersatu Ahmad Faizal Azumu untuk jawatan itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker