PAS tidak mahu guna logo PN dalam PRU-15

PAS tidak mahu guna logo PN dan sedang mempertimbangkan untuk menggunakan logo baru dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata ketetapan tersebut masih dalam perbincangan.

“Kita bincang nak ubah simbol dan kita bincang dalam parti nak buat simbol yang baru yang sesuai.



“Kita tak akan guna logo PN (Perikatan Nasional) dan juga bukan bendera PN atau pun PAS,” katanya kepada pemberita di Marang, Terengganu, hari ini.

Setakat semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata parti itu belum memutuskan sama ada akan menggunakan logo sendiri atau PN.

Beberapa hari lalu terdapat laporan bahawa PAS membayangkan menggunakan logo sendiri di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasai mereka, di sampung logo PN di negeri lain.

Dua minggu lepas, Hadi dan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menunjukkan kecenderungan berbeza apabila Hadi mahukan logo PN manakala Hashim mahukan “bulan”.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker