Juruterbang Nekad Terbangkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya [VIDEO]

Juruterbang Nekad Terbangkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya [VIDEO]

WASHINGTON – Seorang juruterbang di Amerika Syarikat (AS) nekad melakukan pendaratan cemas di sebuah lebuh raya yang sibuk selepas enjin pesawatnya mengalami kegagalan, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Pesawat dikenal pasti sebagai Aero Commander 100 itu mendarat di lebuh raya US Route 19, Carolina Utara sekitar pukul 11.45 pagi (waktu tempatan) Ahad lalu, kata pejabat sherif tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan, demikian menurut media tempatan.

Juruterbang pesawat, Vincent Fraser dari Florida berkata, dia terpaksa mendarat cemas selepas enjin pesawatnya gagal berfungi di ruang udara.

Fraser berkata, bapa mertuanya berada di dalam pesawat itu. Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang dari melihat sebuah hartanah dekat  Tasik Fontana.

Rakaman menunjukkan pesawat itu mendarat di lebuh raya dengan Fraser mencari ruang antara kereta untuk mengelakkan kemalangan.

VIDEO DIBAWAH:-

Syerif Daerah Swain, Curtis Cochran memberitahu akhbar Smoky Mountains Times bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu. – Agensi

Juruterbang Nekad Terbangkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker