Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Masjid Tanah: Seorang lelaki Orang Kena Pengawasan (OKP) meninggal dunia selepas rebah ketika menunggu untuk mengambil sumbangan daging korban, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, lelaki berusia 55 tahun itu sedang duduk menunggu di bawah khemah di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Masjid Tanah, di sini, untuk mengambil daging sumbangan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Allahyarham adalah antara kira-kira 20 OKP di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Alor Gajah yang dijemput untuk mengambil sumbangan berkenaan.

Bagaimanapun arwah secara tiba-tiba terjatuh dari kerusi dan rebah di kaki tangga bangunan itu menyebabkan orang ramai yang melihatnya segera memberikan bantuan.




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mayat arwah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Katanya, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kematian hanya akan dikenal pasti selepas bedah siasat dijalankan.-HM

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara



Leave a Reply

Your email address will not be published.