Shahrol Tak Setuju Dengan Afdlin Shauki

Shahrol Tak Setuju Dengan Afdlin Shauki

Pelawak Shahrol Shiro tidak bersetuju dengan Datuk Afdlin Shauki yang menentang penutupan sementara Crackhouse Comedy Club yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Shahrol berkata, penutupan sementara lokasi itu ada betulnya bagi membantu siasatan isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

“Ada dua persoalan yang bermain di fikiran saya. Pertama, sebagai penganjur dan pemilik premis kita punya hak untuk menghalang sebuah persembahan jika ia melanggar batas-batas terutama isu sensitif yang membabitkan kesucian agama Islam.

“Adakah ia tidak diberitahu kepada pelawak yang akan membuat persembahan terlebih dahulu? Dan jika ia melanggar batas itu kenapa penganjur tidak terus naik ke atas pentas dan membatalkan persembahan serta-merta dan kita melihat seolah-olah penganjur meraikan persembahan komedi itu.

“Kedua, adakah sebelum ini pihak penganjur pernah melepaskan ‘content’ (kandungan) sebegini atau lebih sensitif lagi kerana ada lagi beberapa video yang akan tular dan mengundang kemarahan masyarakat lagi.

“Pada pendapat saya biarlah ditutup sementara bagi membantu siasatan.  Analogi ‘swimming pool’ agak kurang tepat digunakan untuk kes ini. Ada masa kita bangkang dan ada masa kita bertenang buat sementara,” katanya menerusi Instagram.

Shahrol juga menyeru supaya semua pihak bersama melahirkan pelawak Malaysia mempunyai pemikiran yang cerdas tanpa melanggar batas dan mempunyai kelas yang tersendiri.

Afdlin sebelum ini tidak bersetuju kelab itu ditutup sementara dan ia perlu terus beroperasi berikutan permasalahan berlaku membabitkan individu yang melakukan kontroversi dan tiada kena-mengena dengan tempat itu sebagai platform ketengahkan bakat.

Terdahulu, tular di media sosial paparan video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu acara komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.-HM

Shahrol Tak Setuju Dengan Afdlin Shauki

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker