Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek

Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek

ISKANDAR PUTERI: Polis Johor bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk mengesan dua suspek dalam kejadian khianat di jalan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, identiti kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita yang juga warga Singapura sudah dikenal pasti.



Katanya, polis percaya kedua-dua suspek kini berada di republik itu.

“Kita sedang berurusan dengan pihak SPF untuk kesan suspek terbabit.

“Polis juga telah menerima laporan daripada mangsa yang merupakan warga Singapura,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular sebuah rakaman video berdurasi dua minit enam saat berhubung kejadian terbabit di media sosial.



Video itu memaparkan tindakan seorang wanita berdiri di hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menahannya daripada bergerak di Linkedua menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Dalam rakaman video itu, wanita terbabit dilihat mencabut nombor plat kenderaan berkenaan dan membalingnya.

Ketika wanita itu beredar, seorang lelaki muncul dari sebuah kereta berwarna merah dengan nombor pendaftaran Singapura dan menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu MPV itu.



Dalam rakaman tular berlainan kes yang sama, wanita terbabit dilihat berdiri di hadapan MPV itu bagi menghalang laluannya.

Pada Ahad, Rahmat dilapor berkata, kejadian khianat itu dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandu dua suspek terbabit.

Katanya dalam kejadian itu, MPV mangsa dipercayai mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan kereta dinaiki kedua-dua suspek dari arah kanan.-AA

Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Kekecohan Di Linkedua, Wanita Cabut Nombor Plat, Tahan MPV Daripada Bergerak [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker