UMNO desak polis siasat Muhyiddin, kelirukan Agong

UMNO desak polis siasat Muhyiddin, kelirukan Agong

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendesak polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat kepada beliau.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor mendakwa, peletakan jawatan dua Menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Dr Noraini Ahmad jelas menunjukkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai sokongan majoriti.

“Tan Sri Muhyiddin secara jelas terbukti mengelirukan dan menipu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA semasa perutusan khasnya pada 5 Ogos lalu.

“Saya mendesak polis segera menyiasat Tan Sri Muhyiddin yang dilihat cuba mengelirukan dan membohongi YDPA bagi memastikan dirinya dapat terus berkuasa di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Dalam pada itu, sidang media Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri bersama 17 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam yang menyokong kerajaan dan kepimpinan Muhyiddin membuktikan PN telah hilang sokongan majoriti.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Datuk Seri Ismail Sabri selaku Timbalan Perdana Menteri memaklumkan 31 Ahli Parlimen daripada 42 Ahli Parlimen BN akan kekal menyokong Kerajaan PN.

“Melalui sidang media tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri secara nyata membukti dan mengesahkan Perdana Menteri dan Kerajaan PN telah hilang sokongan majoriti.

“Kenyataan ini disokong dengan Surat Akuan yang diperoleh oleh pihak UMNO dan telah dihantar untuk dipersembahkan kepada YDPA,” katanya.

Susulan itu, Muhyiddin perlu segera meletakkan jawatan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(4).

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri.

“Perutusan Perdana Menteri yang mendakwa Kerajaan PN ketika ini masih mempunyai majoriti Dewan Rakyat adalah tidak benar sama sekali.

“Muhyiddin tidak lagi mempunyai legitimasi untuk menasihati YDPA bahkan harus meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan segera,” katanya lagi. MG

UMNO desak polis siasat Muhyiddin, kelirukan Agong

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker