Santhara perlu diekstradisi ke Malaysia jika langgar protokol di New Zealand


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Edmund Santhara perlu diekstradisi ke negara ini sekiranya didapati melanggar protokol imigresen di New Zealand.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, P. Prabakaran berkata, langkah itu perlu memandangkan negara tersebut sememangnya ketat dalam penguatkuasakan undang-undang Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan Covid-19.

Katanya, Kementerian Luar Negara New Zealand juga perlu menjelaskan tentang protokol yang digunakan terhadap Santhara sehingga beliau boleh berada di sana sejak beberapa hari lalu.

“New Zealand ini negaranya memang sangat ketat SOP. Ia hanya bagi orang yang PR (kerakyatan) untuk masuk ke negara itu dalam musim Covid-19 ini.

“Jadi, kita nak Kementerian Dalam Negeri di New Zealand bagi keterangan macam mana susunan dan protokol diberi untuk seorang timbalan menteri pergi ke sana.

“Saya rasa perkara ini tidak boleh dipandang rendah sebab beliau seorang ahli Parlimen dan juga timbalan menteri yang mempunyai banyak tanggungjawab yang penting di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Prabakaran bersama beberapa anggota AMK Wilayah Persekutuan menghantar memorandum ke Kedutaan New Zealand di Jalan Sultan Ismail di sini bagi menggesa kerajaan negara itu bertindak terhadap Santhara yang dikatakan telah berada di sana selama lebih 50 hari.

Santhara dikatakan telah mengambil cuti untuk ke negara tersebut dan perkara itu diluluskan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Prabakaran turut meminta Santhara menjelaskan bagaimana beliau menjalankan tugas dalam mempengerusikan mesyuarat Covid-19 di peringkat Wilayah Persekutuan sedangkan beliau bercuti dalam tempoh yang lama.

Ujarnya, tugas mempengerusikan mesyuarat itu sememangnya terletak di bahu Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa namun tanggungjawab itu telah diberikan kepada beliau.

“Tujuan saya hantar memorandum ini sebab saya gagal tanya di Parlimen berhubung perkara ini. Parlimen mula pun lepas darurat.

“Saya pertikai kelakuan Edmund Santhara. Ramai yang tidak tahu beliau mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat berkaitan Covid-19 di peringkat Wilayah Persekutuan ini. Jadi, saya mohon penjelasan daripada beliau,” tegasnya. MG

Timbalan Menteri Wilayah ulang alik ke New Zealand, undang kemarahan rakyat – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker