Amanat sama diberi selepas peralihan kerajaan

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, amanat yang sama diberikan kepadanya selepas berlaku peralihan kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, amanat yang diberikan itu adalah agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) fokus kepada menguatkuasakan undang-undang dengan adil.

‘Darurat bukan untuk PM kekal berkuasa selama-lamanya



“Dari satu sudut apabila saya dilantik sebagai Ketua Polis Negara, amanat yang telah diberikan oleh Perdana Menteri ketika itu untuk kembalikan semula imej PDRM dan meletakkan PDRM pada landasan yang betul atas menegakkan prinsip undang-undang.

“Begitu juga selepas berlaku peralihan kerajaan, amanat yang sama diberikan pada saya untuk PDRM fokus kepada menguatkuasakan undang-undang dengan adil,” katanya menerusi Program Bersama KPN yang disiarkan menerusi platform Sinar Harian pada Rabu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker