Timbalan Menteri Wilayah ulang alik ke New Zealand, undang kemarahan rakyat – Najib Razak

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak berkata, sekiranya benar laporan yang mendakwa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar berada di New Zealand untuk bersama-sama keluarga sejak Dis 2020, maka ia bakal mengundang kemarahan kepada kerajaan.

Beliau berkata, ini kerana rakyat biasa tidak boleh merentas negeri pada masa ini.

“Jika laporan ini benar and ia tidak dijelaskan atau dikendali dengan baik, isu ini bakal mengundang kemarahan besar terhadap kerajaan.



“Pada ketika orang biasa tidak boleh merentas daerah atau negeri, seorang wakil rakyat yang dibayar gaji Ahli Parlimen serta gaji timbalan menteri boleh berulang-alik merentas sempadan negara untuk berada di negara asing bersama keluarganya hampir tiga bulan,” katanya di Facebook.

Beliau merujuk laporan sebuah portal atas talian berhubung dakwaan bahawa Santhara berada di New Zealand untuk bersama-sama keluarga sejak Dis lalu.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran juga mempersoalkannya dan berkata, Santhara perlu memberi penjelasan segera.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker