Pasar besar Datuk Keramat terbakar, lebih 40 gerai musnah


Lebih 40 gerai terletak di dalam kawasan pasar besar Datuk Keramat dilaporkan musnah dijilat api. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Lebih 40 gerai terletak di dalam kawasan pasar besar Datuk Keramat dilaporkan musnah dijilat api.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 5.26 petang tadi.

“Jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, Setapak, KLCC, Hang Tuah dan BBP Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran,” katanya dalam kenyataan.



Difahamkan, kira-kira 58 anggota bomba dikerahkan untuk membantu memadamkan api yang berjaya dikawal sekitar 6.30 petang tadi.

Terdahulu, tular di media sosial apabila video memaparkan orang ramai berusaha memadamkan kebakaran besar yang memusnahkan deretan gerai pasar berusia lebih 50 tahun itu. FMT

Anak, isteri maut selepas treler dipandu suami hilang kawalan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker