Mahkamah perintah kerajaan, Dr M, 9 yang lain fail afidavit



Sebaran :

KUALA LUMPUR: Sebelas pihak termasuk Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan diarahkan memfailkan afidavit dan hujah jawapan berhubung permohonan seorang peguam untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada perisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong boleh dipertikaikan.

Sepuluh pihak itu dibenarkan menjadi pencelah dalam saman peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar terhadap kerajaan berhubung perisytiharan darurat.

Peguam R Kengadharan, yang mewakili Syed Iskandar berkata, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Firdaus Sidqi Shahril Ali memberi arahan itu selepas berbincang dengan Hakim Mahkamah Tinggi Mariana Yahya.



“Semuanya diberi sehingga 16 April untuk memfailkan afidavit dan hujahan mereka,” katanya kepada FMT selepas pengurusan kes.

Katanya, Syed Iskandar iaitu plaintif diberi masa sehingga 17 Mei untuk menjawab afidavit serta hujahan berkenaan.

Mahkamah menetapkan satu lagi tarikh pengurusan kes pada 31 Mei.



Afidavit Sokongan Tan Sri Apandi Ali Untuk Singkirkan Balaci Mahathir, Gopal Sri Ram

Kengadharan berkata pemindahan kes itu ke Mahkamah Persekutuan berhubung isu perundangan dibangkitkan Syed Iskandar akan diberi keutamaan mengatasi usaha kerajaan membatalkannya.

Syed Iskandar, yang memfailkan permohonan itu pada Januari, mahu mahkamah tertinggi negara memutuskan sama ada Parlimen hanya dianggap bersidang apabila Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang dan menjalankan urusan masing-masing bersekali.

Syed Iskandar juga membangkitkan persoalan sama ada pindaan terhadap Perkara 150, dengan memasukkan klausa 8 dan 9, bercanggah dengan struktur asasi Perlembagaan Persekutuan.



Pada 11 Jan, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan darurat hingga 1 Ogos atau tarikh lebih awal sekiranya jumlah kes harian Covid-19 menurun, bagi mengekang penularan wabak itu.

Pejabat Peguam Negara turut memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan ia semberono dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Turut dinamakan sebagai defendan, Mukhriz Mahathir (Ahli Parlimen Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) dan senator Marzuki Yahya, selain peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Malcolm Fernandez, Nazirah Abdul Ghani, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia dan Centre for a Better Tomorrow.



Dakwaan UMNO ada ‘Akaun Rahsia’, Mahkamah tolak afidavit pendakwaraya


Sebaran :


Leave a Reply