Dakwaan UMNO ada ‘Akaun Rahsia’, Mahkamah tolak afidavit pendakwaraya

Gambar Hiasan***

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak afidavit yang dikatakan menunjukkan jejak aliran wang melibatkan dana 1MDB.

Mahkamah membenarkan permohonan pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak dan Umno.

Afidavit tersebut, yang difailkan semalam, dimaksudkan bertujuan untuk digunakan oleh pihak pendakwaan dalam saman pelucutan hak terhadap Obyu Holdings Sdn Bhd berkaitan dana 1MDB bernilai RM680 juta.

Dalam penghakiman ringkas hari ini, Hakim Muhammad Jamil Hussin berkata afidavit tersebut difailkan tanpa izin mahkamah selepas semua afidavit lain difailkan.

Hakim berkata pemfailan sebegitu boleh menjejaskan tuntutan pihak ketiga dalam prosiding pelucutan hak itu.

“Saya memutuskan bahawa afidavit berkenaan tidak dapat digunakan dalam prosiding ini.

“Saya tidak akan menganggap afidavit itu sebagai sokongan,” kata Jamil.

Terdahulu, semasa prosiding hari ini, pasukan peguam Najib Razak dan Umno mengemukakan bantahan terhadap pemfailan afidavit itu.

Bekas perdana menteri dan Umno merupakan pihak ketiga yang menuntut RM114 juta daripada jumlah keseluruhan RM680 juta yang sedang dikesan kerajaan untuk dirampas melalui tuntutan saman pelucutan hak tersebut.

Pendakwa gagal : Mahkamah tolak pelucutan wang Umno dan yang lain.

Gambar fail, polis sita aset di Pavilion Residences pada 2018.

 

Semasa prosiding di hadapan hakim Jamil, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berhujah afidavit oleh pegawai penyiasat polis, R Rajagopal tidak boleh dibenarkan kerana difailkan pada saat-saat akhir.

Peguam itu berkata pendakwaan mempunyai afidavit berkenaan sejak 2015 dan hanya memfailkannya untuk tuntutan pelucutan hak semalam.

Peguam Umno, Hariharan Tara Singh pula memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menerima penghujahan oleh Shafee.

Hariharan berkata pihak pendakwaan mengambil kesempatan untuk mengemukakan afidavit setelah meneliti hujahan sebelum ini oleh pihak ketiga (Umno).

“Sekiranya ini (afidavit mengenai jejak aliran duit 1MDB) dibenarkan, kami tidak akan tahu di mana untuk menentukan batasannya (draw the line).

“Mereka (pihak pendakwaan) boleh mengemukakan afidavit lain setelah hujahan kami.

Gopal Sri Ram Akan Dicabar Dengan Afidavit Bekas Peguam Negara TS Apandi Ali

“Mahkamah tidak boleh membenarkan pekara ini kerana akan memudaratkan pihak-pihak, terutama pihak ketiga (menuntut bahagian dana yang dikesan untuk disita itu),” kata Hariharan.

Sementara itu, semasa perbicaraan saman pelucutan hak terhadap Obyu, peguam Najib, Tania Scivetti berpendapat bahawa tidak ada hubungan antara dana dari 1MDB dan wang yang ditemukan di Pavilion Residences.

Saman kerajaan untuk melucut hak berkaitan 1MDB berpusat sekitar dana dan aset yang dirampas dari Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 2018.

Obyu adalah pemilik beberapa unit kondominium di Pavilion Residences.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker